====== 1850-an: Pembukaan Kuantan ====== ===== Ringkasan ===== //"Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telahpun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851/2 seperti berikut: \\ \\ 'Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari.' \\ \\ Pada abad ke-19, pendatang dari Sumatera (Indonesia) dipercayai telah membuka penempatan di tebing Sungai Kuantan, khususnya di sekitar Teruntum yang terletak berdekatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada hari ini. Terdapat beberapa teori mengenai asal nama 'Kuantan'. Ada yang mengatakan nama tersebut mempunyai kaitan dengan tempat asal pendatang dari Sumatera itu, yakni Kampung Kuantan. Terdapat juga satu tempat yang bernama Kuala Kuantan di negeri Selangor. Ada pula yang mengatakan nama bandar tersebut ada hubungannya dengan bangsa China, kerana bunyinya yang sedemikian rupa. \\ \\ Walau apa pun, suatu tempat bernama Kuantan telah wujud sebelum tercetusnya Perang Saudara Pahang pada tahun 1858, tatkala dua beradik iaitu Wan Ahmad dan Wan Mutahir menentang antara satu dengan yang lain untuk menguasai negeri tersebut setelah bapa mereka, Bendahara Ali, iaitu pemerintah Pahang meninggal dunia. Pertelingkahan bermula apabila Wan Mutahir yang menggantikan Bendahara Ali sebagai bendahara telah menidakkan wasiat Bendahara Ali yang menyatakan bahawa Wan Ahmad akan memerintah dua daerah, iaitu Kuantan dan juga Endau. \\ \\ Perang saudara itu tamat pada tahun 1863 dengan Wan Ahmad mencapai kejayaan dan menjadi Bendahara Pahang yang baru. Beliau kemudiannya menaikkan taraf diri beliau sebagai sultan Pahang lalu mengasaskan susur-galur sultan-sultan dan kerabat diraja yang sedang memayungi negeri. Pada waktu itu, cukai yang dikutip dari lembah Sungai Kuantan menjadi pendapatan utama pemerintah Pahang."// (Sumber: Nur Irdina Idris, 2012: {{ :buku:dymm_sultan_pahang.pdf ||}}[[https://fliphtml5.com/xqag/clbx/|"Siri Kenali Sultan 1: DYMM Sultan Pahang: Siri Berinformatif Tentang Kesultanan Melayu"]], m.s.20). //"Siapakah yang membuka, bilakah dibuka dan siapakah yang menamakan Kuantan tiada seorang pun yang dapat menentukannya. Melalui catatan sejarah, Kuantan telahpun wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan awal Kuantan pada kurun ke-19 bermula sebagai penempatan. Abdullah Munsyi pada 1851 @1852 menyentuh mengenai Kuantan seperti berikut : \\ \\ 'Hatta maka pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, 40 buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Badang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah perahu lepas lari'. \\ \\ Menurut cerita lisan dari beberapa orang tua termasuk Tuan Kechik bin Tuan Abdullah, Batu Hitam, pada peringkat awalnya Kuantan lebih dikenali sebagai nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitarar Muara Sungai Teruntum, iaitu kawasan berhampiran hospital sekarang. Ia telah dibuka oleh Haji Senik dan pengikutnya sekitar tahun 1850-an. \\ \\ Semasa tinggal di sini, mereka mengusahakan kawasan paya teruntum yang terletak di tapak hospital sekarang sehingga ke kawasan Sekolah Abdullah. Air daripada paya yang dikerjakan oleh mereka turun ke Sungai Besar (sekarang dikenali sebagai Sungai Kuantan) melalui Sungai Teruntum. Selain mengerjakan paya tersebut, mereka juga menangkap ikan dan berniaga secara kecil-kecilan. Bukti kawasan tersebut pernah dijadikan penempatan ialah terdapatnya perkuburan Cik Timah yang berhampiran Taman Esplanade. \\ \\ (Cik Timah ialah anak Haji Senik yang telah disemadikan di tanah perkuburan tersebut. Apabila taman Esplanade diwujudkan di situ, ia melibatkan sebahagian daripada tanah perkuburan tersebut dan pusara Cik Timah telah dipindahkan ke Beserah bersebelahan pusara ayahnya Haji Senik dan ada sehingga hari ini...) \\ \\ Berhubung dengan nama 'Kuantan', dikaitkan pula dengan pembukaan sebuah kawasan di hulu di Kampung Teruntum oleh orang Melayu dari daerah yang bernama Kuantan di Sumatera dengan diketuai oleh Encik Besar sekitar tahun 1854. Rombongan ini telah dibenarkan membuka kawasan tersebut. Orang yang datang kemudiannya telah memanggil tempat tersebut sebagai Kampung Orang Kuantan. Oleh sebab 'Kampung Orang Kuantan' itu terlalu panjang, maka dipendekkan dengan panggilan KUANTAN sahaja yang kekal sehingga ke hari ini. \\ \\ Sumber : Dipetik dan diolah semula daripada monograf "PAHANG DALAM SEJARAH", Lembaga Muzium Negeri Pahang, 1989."// (Sumber: [[https://www.blogger.com/profile/04945828012420305567|roshanilawatey]], June 27, 2010: {{ :laman:sepanjang_jalan_pulang_sejarah_kuantan_1_jom_hebohkan.._.pdf ||}}[[http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2010/06/sejarah-awal-kuantan-1-jom-hebohkan.html|"Sejarah Kuantan (1) : Jom Hebohkan..."]]). (Kemungkinan antara sumber asal: Alias Abdullah, Jabatan Perancang MPK dan Fauziah binti Zakaria, {{ :lampiran:pahang_dalam_sejarah_bil_4_tahun_1989_.pdf ||}}[[https://fliphtml5.com/xqag/wxda/|"Pahang Dalam Sejarah, Bil.4, Tahun 1989"]], m.s.1: Sejarah Pembukaan Kuantan (1850-1970)). **LATAR TOKOH: [[haji_senik|Haji Senik / Tok Senik / Wan Abdullah Wan Karim (1818-1887)]]** //"Sistem perhubungan dan pengangkutan utama di Kuantan ialah melalui air, darat dan udara. Dahulu, perhubungan melalui air adalah menggunakan perahu jalak dan perahu penambang, manakala perhubungan darat lebih tertumpu di kawasan bandar dan penempatan yang berdekatan sahaja. Perhubungan di dalam kawasan bandar disediakan dengan jalan raya yang bertar, manakala perhubungan antara Kuantan dengan Beserah, Gambang dan Sungai Lembing ialah secara meredah lorong-lorong dan denai ataupun melalui pesisiran pantai ketika air surut."// ([[https://www.blogger.com/profile/04945828012420305567|roshanilawatey]], 29 Jun 2010: {{ :laman:sepanjang_jalan_pulang_sejarah_kuantan_4_sistem_perhubungan_pengangkutan.pdf ||}}[[https://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2010/06/sejarah-kuantan-4-sistem-perhubungan.html|"Sejarah Kuantan (4) : Sistem Perhubungan & Pengangkutan"]]). (Kemungkinan antara sumber asal: Alias Abdullah, Jabatan Perancang MPK dan Fauziah binti Zakaria, {{ :lampiran:pahang_dalam_sejarah_bil_4_tahun_1989_.pdf ||}}[[https://fliphtml5.com/xqag/wxda/|"Pahang Dalam Sejarah, Bil.4, Tahun 1989"]], m.s.1: Sejarah Pembukaan Kuantan (1850-1970)). **LATAR LOKASI: [[beserah|Beserah]]** ===== 1833-1857: Pemerintahan Bendahara Tun Ali ===== //"Mengikut Hikayat Pahang: pada masa pemerintahan Bendahara Tun Ali itu, negeri Pahang berada dalam keadaan aman dan makmur, barang dagangan murah, dua puluh gantang beras berharga hanya seringgit, rakyat dalam negeri ramai yang kaya, dalam negeri itu juga banyak didapati emas. Di lembahan Sungai Kuantan banyak didapati bijih timah dan dipunyai oleh Bendahara sendiri. Pada masa itu, barang yang keluar masuk di Pahang, kecuali di lembangan Sungai Kuantan, dikecualikan daripada cukai."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 128). ==== 1836-05-23: Kelahiran Wan Ahmad ==== Salah seorang putera Tun Ali, Wan Ahmad (bakal pemerintah Pahang) telah dilahirkan: //"Suratkhabar The Straits Times bertarikh 31 hari bulan 1875 ada menyebutkan: "Bendahara Wan Ahmad telah dilahirkan pada 5 hari bulan Muharam Tahun Hijrah 1252 (bersamaan dengan 23 hari bulan Mei 1836). Beliau berasal dari keturunan baka orang yang berumur panjang, bapanya Bendahara Ah dan moyangnya Bendahara Abdul Majid yang telah hidup hingga berumur lebih kurang lapan puluh tahun."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 212-213). ==== 1856-05-25: Wasiat Tun Ali ==== //"Pada 25 hari bulan Mei 1856, dan sekali lagi pada 15 hari bulan Oktober tahun itu juga (1856), Bendahara Tun Ali telah membuat surat wasiat menyebutkan: apabila ia meninggal dunia kelak, anaknya Tun Mutahir akan menggantikannya memerintah Pahang, tetapi hasil yang didapati dari daerah Kuantan dan daerah Endau, yang banyak mengeluarkan hasil bijih timah kepunyaan Bendahara itu, ditentukan terpulang kepada anaknya Wan Ahmad (Tun Ahmad)."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 138). ==== 1857: Tun Ali Mangkat, dan Wasiatnya Dikhianati ==== //"1857. Setelah Bendahara Tun Ali meninggal dunia, beliau digantikan oleh anaknya Tun Mutahir yang telah lama memangku jawatan ayahnya itu, sebagai Bendahara pemerintah Pahang, bergelar Bendahara Seri Maharaja, disebut juga Bendahara Ganchong. Oleh sebab Bendahara Tun Mutahir tiada mengikut wasiat ayahnya yang telah menentukan hasil di daerah Kuantan, dan Endau diberikan kepada adiknya Wan Ahmad maka Wan Ahmad begitu marah dan hendak memberontak melawan abangnya."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 141). ===== 1861-1863: Perang Saudara ===== ==== 1861 (April-Mei): Perang Endau ==== //"Dalam bulan Mac 1861, Wan Ahmad yang telah menyiapkan orang dan kelengkapan perangnya di Kemaman, telah bergerak dari Kemaman hendak menyerang Pahang. ... Angkatan perahu Wan Ahmad telah belayar menuju Kuala Pahang . Dalam pelayaran itu mereka telah membakar Kuantan. Kemudian mereka belayar lagi dan sampai di Sungai Miang, tiada berapa jauh di sebelah selatan kuala Sungai Pahang. Serangan pasukan Wan Ahmad di tempat itu tidak begitu memberi kesan. Oleh itu, mereka pun belayar lagi menuju Kuala Endau dan sampai di situ dalam bulan April 1861. Wan Ahmad telah bersatu dengan ketua Endau dan telah mendirikan kubu di Kuala Endau, dan menghantarkan juga dua buah perahu yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Kechau pergi ke Singapura untuk membeli senjata dan alat ubat bedil. Tiada berapa lama selepas itu, datanglah angkatan Bendahara Tun Mutahir dari Pekan sebanyak empat puluh buah perahu yang diketuai oleh Panglima Perang Mansu dari Kota, Panglima Kiri Encik Burok, Encik Embok, Encik Nit, Orang Kaya Syahbandar dan lain-lain datang menyerang pasukan Wan Ahmad di Kuala Endau. Angkatan Bendahara yang datang menyerang mengikut laut dibantu oleh satu pasukan yang datang melalui darat. Peperangan ini telah berpanjangan hingga bulan Mei 1861 peperangan itulah yang disebut oleh orang Melayu sebagai Perang Endau. ... Pasukan Wan Ahmad telah dapat menguasai Endau dan beroleh rampasan beberapa buah peti besar berisi senjata ubat bedil dan bekalan makanan."// ==== 1861 (Mei-Ogos): Perang Kuantan ==== //"Tiada berapa lama selepas itu, dalam bulan Mei 1861 itu juga pasukan Wan Ahmad telah meninggalkan Endau belayar menuju ke Kuantan pula. ... Pasukan Wan Ahmad telah berperang dengan pasukan Bendahara di Kuantan selama tiga bulan. Kesudahannya pasukan Wan Ahmad dikalahkan oleh pasukan Bendahara yang juga diketuai oleh Panglima Mansu. Pasukan Wan Ahmad telah terpaksa berundur meninggalkan Kuantan balik ke Terengganu dalam bulan Ogos 1861."// ==== 1861 (Mei): Peralihan Kuasa Tun Mutahir - Wan Koris ==== //"Semasa pasukan Wan Ahmad berperang dengan pasukan Bendahara di Endau dan di Kuantan (April-Ogos 1861), dalam bulan Mei itu juga, Bendahara Tun Mutahir telah memberitahu Gabenor Cavenagh di Singapura mengatakan ia telah menyerahkan pemerintahan negeri Pahang kepada anaknya Wan Koris (Wan Long)."// ==== 1861 (Ogos): Pemberontakan Wan Daud dan Khatib Rasu (Tok Gajah) ==== Bermulanya peranan Tok Gajah dalam sejarah Pahang, bersama Wan Ahmad. Ketika ini beliau dikenali sebagai Khatib Rasu (kemudiannya digelar "Imam Perang Rasu"), ketua orang Rawa dari Raub, yang bangkit menentang Tun Mutahir. Bersama mereka ialah orang Jelai di bawah pimpinan Wan Daud, yang ingin menuntut bela ke atas pembunuhan saudara mereka oleh orang-orang Tun Mutahir: //"Pada 6 hari bulan Ogos 1861, Gabenor Cavenagh di Singapura telah menerima sepucuk surat daripada Bendahara Tun Mutahir yang memberitahu bahawa di Pahang masa itu sudah aman, tiada lagi pergaduhan. ... Dalam bulan Ogos itu juga (1861), Wan Ahmad telah balik ke Terengganu setelah kalah dalam peperangan di Kuantan. Dan kedatangannya ke Terengganu masa itu tiada berapa dihormatkan oleh Sultan Terengganu, 'baginda itu kelihatan telah berubah sedikit'. Dengan itu Wan Ahmad pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad II (Sultan Mulut Merah) serta Raja Muda Kelantan... Beberapa hari selepas Wan Ahmad kalah di Kuantan, sekumpulan orang Melayu Rawa* dalam daerah Raub dan orang Jelai yang diketuai oleh Wan Daud bin Wan Pahang dan Khatib Rasu (kemudiannya terkenal dengan gelaran Tok Gajah) telah bangkit memberontak melawan Bendahara Pahang. Wan Daud ialah saudara sepupu kepada Wan Embong anak Maharaja Perba Jelai Wan Idris yang telah dibunuh oleh orang-orang Bendahara dalam tahun 1858 dahulu. Tujuan Wan Daud adalah sebagai membalas perbuatan Wan Aman yang zalim dan aniaya kepada orang-orang di Hulu Pahang dahulu. Tentangan dari pihak orang Wan Daud itu bukanlah mulanya dirancangkan untuk menyebelahi pihak Wan Ahmad walaupun kemudiannya pemberontakan itu memberi faedah dalam perjuangan Wan Ahmad melawan abangnya itu. Empat ratus orang Rawa telah masuk bersatu ke dalam pasukan yang melawan Bendahara Pahang. Di daerah Lipis, pasukan itu telah menangkap Tok Busu Dolah (Abdullah) anak Orang Kaya Temerloh. Kemudian, orang Rawa itu telah menawan Kuala Tembeling, dan di sinilah ketua mereka Khatib Rasu itu diberi gelaran Imam Perang."// ==== 1861 (Disember): Perjanjian Pahang - Johor ==== //"Dalam bulan Disember 1861, setelah dibenarkan oleh Kerajaan Inggeris, Temenggung Ibrahim bagi pihak kerajaan Johor telah membuat surat perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir bagi pihak kerajaan Pahang. Surat itu, bagi pihak Bendahara Pahang, telah ditandatangi oleh Wan Koris. Antara lain isi surat perjanjian itu menyebutkan: Johor dan Pahang berkerjasama antara satu dengan lain jika diserang musuh, jika timbul sebarang kekusutan antara mereka hendaklah diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai orang tengah bagi menyelesaikannya, daerah yang terletak dari Endau ke Selidi Besar termasuk Pulau Tioman dan pulau-pulau di selatannya, dimasukkan ke dalam perintah kerajaan Johor."// ==== 1862 (Ogos): Wan Ahmad Bersama Wan Daud dan Khatib / Imam Perang Rasu (Tok Gajah) ==== Di atas jemputan beberapa pembesar negeri Pahang (sebahagiannya berpaling tadah daripada Tun Mutahir), Wan Muda kembali ke Terengganu untuk bersiap menyerang Pahang sekali lagi: //"Apabila Wan Ahmad menerima jemputan itu beliau pun menyegerakan persiapannya untuk menyerang Pahang. Apabila semua kelengkapannya telah siap, berangkatlah Wan Ahmad ke Kuala Terengganu mengadap Sultan Terengganu (Baginda Umar) yang telah memberikan wang perbelanjaan dan senjata kepada Wan Ahmad. Peristiwa ini telah berlaku dalam bulan Jun atau julai 1862. ... Dari Terengganu, Wan Ahmad membawa pasukan perangnya menuju ke Paliang. Angkatan perang Wan Ahmad itu telah melalui sempadan negeri Paliang di Bukit Busut dalam bulan Ogos 1862. Apabila sampai di Janing, di Hulu Tembeling (Hulu Pahang), beribu-ibu orang Pahang yang menyebelahinya telah menanti dan menyambut kedatangan Wan Ahmad. Kemudian Wan Ahmad menghilir lagi, tatkala melalui jeram di situ, beberapa buah rakit orang-orang Wan Ahmad telah terbalik dan telah kehilangan beberapa buah senjata dan peluru tetapi pelayaran itu diteruskan juga hingga sampai ke hilir Tambang di Kuala Tembeling. Di sini Wan Ahmad telah disambut dengan gembiranya oleh pasukan orang Rawa, Jelai dan Lipis yang diketuai oleh Tok Raja, Wan Daud, Panglima Perang Wan Muhammad, Imam Perang Rasu, Orang Kayu Lipis dan ramai lagi. Pada masa itu mereka telah dapat khabar mengatakan kubu pasukan pihak Bendahara yang di Kangsa itu telah di tinggalkan dan pasukan Bendahara itu telah berkubu semula di Chenor. ... Pasukan Wan Ahmad telah menyerang Chenor dan beberapa tempat perkubuan pihak Bendahara. ... Dalam peperangan itu, pihak Bendahara telah dapat dikalahkan. Wan Ahmad telah dapat menduduki Chenor. Haji Hasan dan anak-anaknya masuk menyebelahi pihak Wan Ahmad. Wan Aman adik Wan Koris dengan segera meninggalkan Chenor dan kembali ke Pekan. ... Pasukan Wan Ahmad terus mara sampai ke Sungai Duri. ... Pihak Bendahara telah menghantar satu pasukan baharu ... pergi menanti pasukan Wan Ahmad di Pulau Lebak (di Sungai Pahang). ... Pasukan Wan Ahmad telah datang menyerang tempat itu, setelah bertempur, pihak Bendahara dapat dikalahkan dan berundur dari situ, bertahan dan berkubu pula di tempat yang bernama Pulau Kepayang. Tiga bulan lamanya pihak Bendahara berkubu di Pulau Kepayang melawan Wan Ahmad. Akhirnya mereka dapat dikalahkan oleh pasukan Wan Ahmad dan lari meninggalkan Pulau Kepayang, pergi ke Pulau Manis, dari sini berundur lagi ke tempat yang bernama Temai, dan di sini juga peperangan berlaku di antara kedua belah pihak. ... Pasukan Wan Ahmad telah dipecahkan kepada dua bahagian, sebahagian diketuai oleh Wan Ahmad sendiri serta Tok Raja (Maharaja Perba Jelai) pergi membantu pasukannya di-Kuala Bera. Sebahagian lagi tinggal untuk melawan pihak Bendahara di Temai di bawah pimpinan beberapa orang hulubalang Wan Ahmad yang gagah, di antaranya termasuk Imam Perang Rasu, Wan Daud, Orang Kaya Lipis, Imam Perang Jambang (orang Rawa) dan ramai lagi. ... Peperangan di Temai itu berjalan terus hingga memasuki tahun 1863."// ==== 1863 (10 Jun): Kemenangan Wan Ahmad ==== //"1863. Wan Ahmad telah mengatur semula pasukannya dan telah menetapkan azam hendak melanggar Pekan dengan mengejut. Pengikutnya itu, selain daripada yang tinggal meneruskan peperangan di Temai, telah dipecahkan kepada tiga pasukan, tiap pasukan mengandungi lebih kurang enam ratus orang, di bawah pimpinan Imam Perang Raja, Imam Perang Rasu, Panglima Raja, Panglima Kakap Bahaman dan Tuan Embong. Setiap pasukan ditetapkan untuk melanggar satu tempat yang telah ditentukan, iaitu satu pasukan akan melanggar pasukan pihak Bendahara yang berkubu di Tanjung Parit, satu pasukan lagi yang diketuai oleh Imam Perang Rasu akan melanggar kubu di Kampung Masjid, dan satu pasukan yang mengandungi orang Jelai akan melanggar Kampung Baharu. ... Setelah Pekan dapat ditawan oleh Wan Ahmad, Bendahara Tun Mutahir dan anak-anaknya serta pengikutnya telah berundur ke Kampung Syahbandar yang bernama Kampung Jambu. Pengikut Bendahara di Kampung Jambu dan di Pekan Seberang telah juga diserang oleh pihak Wan Ahmad. Bendahara dan pengikutnya telah lari menghilir Sungai Pahang dan bersembunyi di Tanjung Teja dekat kuala Sungai Pahang. Orang-orang Bendahara di Temai, setelah lima bulan lamanya berperang, akhirnya telah dikalahkan juga oleh pihak Wan Ahmad. ... Dalam bulan Mei 1863, Bendahara Tun Mutahir yang telah uzur itu bersama dengan anaknya Wan Koris serta pengikut mereka dalam satu angkatan telah bertolak dari Tanjung Teja meninggalkan Pahang menuju ke Johor. Dengan tiada disangka, ketika sampai di Kuala Pahang, Wan Koris telah meninggal dunia tetapi pelayaran angkatan itu diteruskan juga membawa jenazah almarhum itu. Sampai di Kuala Sedili, Bendahara Tun Mutahir pula mangkat. Kedua-dua jenazah itu dibawa terus oleh angkatannya ke bandar Tanjung Puteri (Johor Baharu sekarang) dan dimakamkan di situ. Pada 10 hari bulan Jun 1863, Wan Ahmad telah berjaya mengambil Pahang dari tangan abangnya almarhum Bendahara Tun Mutahir. Oleh sebab itu orang-orang besar Pahang telah mengangkat Wan Ahmad menjadi Bendahara, raja pemerintah Pahang bergelar Bendahara Siwa Raja (Seri Wak Raja)."// (Sumber: [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 157-176). ==== Kesan Perang Saudara ==== //"On the eve of British administration the population of Pahang was predominantly Malay. Europeans had not entered the State in any numbers and the Chinese population was much smaller than it had been four decades earlier. The aboriginal peoples, the Senoi and the Jakun, were largely hidden away in the forested interior. The Chinese had dwindled in numbers during the period of widespread lawlessness that began with the death of Bendahara Ali in 1857. Many of the Chinese miners or traders were either murdered or driven out, and as new arrivals from China were attracted to the more developed west coast States, there were only an estimated two to three hundred Chinese in Pahang when Swettenham visited the State in 1885."// (Dr. R.G. Cant, 1973: {{ :lampiran:irsk.pdf ||}}[[https://www.mbras.org.my/monograph4.html|"An Historical Geography of Pahang"]] ([[https://fliphtml5.com/xqag/irsk/|PDF]]),m.s.31). ===== 1863-1873: Awal Pemerintahan Wan Ahmad ===== ==== 1863 (Oktober): Tuntutan Sempadan dan Kepulauan ==== //"Wan Daud digelar Maharaja Setia Raja diberi kuasa memerintah lembahan Sungai Lipis iaitu dari kuala Sungai Lipis sampai ke hulu sungai itu. Ketika itu juga Bendahara Wan Ahmad mengeluarkan perintah semua barang dagangan yang dibawa keluar masuk tiada dikenakan cukai selama tiga tahun, kecuali di Kuantan kerana daerah itu telah dikhaskan kepunyaannya sendiri. ... Sejak Bendahara Wan Ahmad menjadi raja pemerintah di Pahang, tiada lagi berlaku perkelahian bersenjata di antara pihak Bendahara dengan pihak Temenggung Abu Bakar Johor, dalam pada itu, Bendahara Pahang dengan Temenggung Johor itu masih juga berselisih faham mengenai pulau-pulau di Laut Cina Selatan yang telah diserahkan oleh almarhum Bendahara Tun Mutahir kepada kerajaan Johor dahulu dan tiada disetujui oleh Bendahara Wan Ahmad demikian juga berkenaan dengan sempadan negeri mereka. Bendahara Wan Ahmad tetap mengatakan Pulau Tioman, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan pulau-pulau lain adalah termasuk dalam kuasa kerajaan Pahang. Dalam bulan Oktober 1863 itu juga, Bendahara Wan Ahmad telah memanggil ketua-ketua di Pulau Tinggi, Pulau Tioman dan Pulau Aur datang berkumpul berjumpa Bendahara di Mersing dan Bendahara telah dapat pengakuan yang menyatakan mereka tetap taat setia kepada Bendahara Pahang."// ==== 1868 (1 September): Pengiktirafan Johor dan British ==== //"Perselisihan di antara Bendahara Wan Ahmad dengan Temenggung Abu Bakar belum juga selesai. Tetapi dalam tahun 1867 ini, tiada berapa lama sebelum Gabenor Sir Harry Ord sampai di Singapura menjadi Gabenor Negeri Selat menggantikan Cavenagh, Temenggung Abu Bakar telah bersetuju hendak menyerahkan Pulau Tioman, Pulau Seri Buat, Pulau Kaban dan pulau-pulau lain yang terletak di sebelah utara Garisan Lintang 20 40' kepada kerajaan Pahang (Bendahara Wan Ahmad) untuk menyelesaikan perselisihan yang telah begitu lama berlanjutan. Pada tahun 1867 itu juga, Sir Harry Ord telah sampai di Singapura menggantikan Orfeur Cavenagh menjadi Gabenor Negeri Selat. Gabenor Harry Ord telah mengambil tindakan untuk merundingkan hal perselisihan di antara Johor dengan Pahang itu. Pada bulan Ogos 1868, dalam lawatannya ke pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, Gabenor Harry Ord telah singgah di Pekan (Pahang) berjumpa Bendahara Wan Ahmad dan merundingkan perkara tersebut. Pada masa itu, telah ditetapkan Sungai Endau menjadi sempadan di darat antara negeri Pahang dengan negeri Johor, dan ke lautnya, dari tengah kuala Sungai Endau mengikut satu garisan lintang yang dijangkakan dari situ lurus arah ke timur, laut dan pulau yang terletaknya di sebelah utara daripada garisan lintang itu, masuk ke dalam perintah Pahang, Pulau Tioman masuk ke dalam perintah Pahang, dan laut serta pulau yang terletak di sebelah selatan daripada garisan lintang itu masuk perintah Johor. Pada 1 hari bulan September 1868 telah ditandatangani surat perjanjian mengenai keputusan itu oleh Bendahara Wan Ahmad bagi pihak kerajaan Pahang, dan Maharaja Abu Bakar* bagi pihak kerajaan Johor dengan disaksikan oleh Gabenor Harry Ord. Sejak itulah juga kerajaan British mula mengakui Bendahara Wan Ahmad sebagai raja pemerintah Pahang. Pada tahun 1868 itu juga, Wan Da anak almarhum Bendahara Tun Mutahir yang dibantu oleh Sayid Deraman (Abdul Rahman), Imam Perang Mat Aris dan Tuan Kechut serta orang Rawa telah menyerang Raub (di Pahang). Bendahara Wan Ahmad telah menghantar pasukan perangnya dari Pekan pergi melawan pasukan yang menyerang itu. Pasukan Bendahara diketuai oleh Haji Muhammad Nur bin Haji Abdul Hamid, seorang orang besar di Pekan, Orang Kaya Lipis, Imam Perang Rasu, Tok Kali Sega dan Tok Mamat Budu. Pertempuran di antara kedua-dua belah pihak telah berlaku di tempat yang bernama Saga. Imam Perang Wan Muhammad anak Maharaja Perba Jelai Wan Idris, yang membawa pasukannya orang Jelai telah datang membantu pasukan Bendahara Wan Ahmad. Setelah bertempur selama lima hari, akhirnya pihak Wan Da dapat dikalahkan dan lari ke Selangor."// ==== 1870-1873: Khatib / Imam Perang Rasu (Tok Gajah) dan Perang Selangor ==== Semenjak itu bermula penglibatan tokoh-tokoh Selangor dan Pahang di dalam perebutan kuasa masing-masing. Setelah 4 tahun peperangan (1870-1873), akhirnya Tengku Kudin (disokong oleh Wan Ahmad melalui Khatib / Imam Perang Rasu) berjaya mengalahkan Raja Mahadi (disokong oleh Wan Aman, Wan Da, dan Raja Asal), dan Khatib / Imam Perang Rasu dianugerahi Pulau Tawar di Jerantut, dengan gelaran "Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah" atau "Tok Gajah": //"Setelah Kuala Lumpur ditawan semula oleh Tengku Kudin, Imam Perang Rasu serta beberapa orang pengiringnya balik semula ke Pahang dengan penuh gembira kerana kemenangan mereka di Selangor itu. Orang Kaya Pahlawan Semantan (Datuk Bahaman) dengan beberapa orang askar Pahang tinggal menjaga Hulu Kelang. Sejak itu hingga awal bulan November 1873 boleh dikatakan tiada berlake peperangan di Selangor. Apabila sampai di Pahang, oleh sebab jasanya dalam peperangan itu Bendahara Wan Ahmad telah mengurniakan gelaran kepada Imam Perang Rasu "Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah", dan pembantunya Encik Gendut Imam Perang Raja telah dinaikkan pangkat dan digelar "Imam Perang Indera Mahkota". Tempat yang bernama Pulau Tawar dekat Jerantut telah dikurniakan oleh Bendahara Wan Ahmad menjadi hak milik Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah (Khatib Rasu). Beliau itu biasanya disebut Tok Gajah sahaja."// (Sumber: [[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 178-187). ===== 1863-1889: Penempa Duit Tampang ===== //"Dalam tahun 1847, duit tampang yang berharga satu sen telah diadakan di Pahang. Setelah Bendahara Wan Ahmad menakluki Pahang pada tahun 1863, Datuk Bendahara itu telah mengumpulkan semula beberapa banyak wang tampang satu sen itu, dilebur dan ditempa menjadi kepingan tampang yang lebih kecil dan lebih buruk keadaannya. Dalam tahun 1889, kerajaan Pahang telah mengisytiharkan iaitu duit tampang yang diedarkan oleh Sultan Pahang mulai 1 hari bulan Julai 1889 hendaklah diakui sah pembayarannya tetapi duit tampang itu tidak akan dikeluarkan lagi. Peraturan menggunakan duit tampang di Pahang telah diberhentikan dalam tahun 1893. Pekerjaan menempa duit tampang di Pahang dikhaskan oleh kerajaan Pahang kepada orang Cina, di mana diperintahkan menempa duit itu empat kali dalam setahun dan ditetapkan pula berapa banyak yang hendak dibuat. Tempat menempa duit tampang itu ialah di Kuantan, di Lepar, di Semantan dan di Pekan Lama. Semasa dalam pemerintahan Bendahara Wan Ahmad, baginda telah membenarkan acuan menempa tampang itu disimpan dalam penjagaan orang besar Pahang yang bergelar Imam Perang Indera Mahkota dan Orang Kaya Bakti (seorang India)."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 134). ===== 1880-an: Padi Huma dan Hasil Hutan ===== Tinjauan pada tahun 1880-an mendapati kawasan tanaman padi huma di sepanjang Sungai Kuantan, tapi tidak sebanyak di sepanjang Sungai Pahang di daerah Pekan:- //"In the 1880's the Malay subsistence economy had broken down to a much greater extent than some contemporary writers realised. Daly and Skinner, for example, both believed that agriculture in Pahang was well developed and productive by the Malay standards of the time. ... In the Pekan District there were flat alluvial tracts along the Pahang River which could be used for tenggala cultivation but ladang methods were most popular both here and along the more sparsely settled Kuantan River. The swamp margins were occasionally planted with wet padi. In the few localities where coastal settlers did attempt to grow crops ladang cultivation, with fresh clearings made every year or two years, was the normal method of production."// (Dr. R.G. Cant, 1973: {{ :lampiran:irsk.pdf ||}}[[https://www.mbras.org.my/monograph4.html|"An Historical Geography of Pahang"]] ([[https://fliphtml5.com/xqag/irsk/|PDF]]), m.s. 34-36). //"Behind the river banks of the coast districts there was paya land which could be used for wet padi cultivation but any such tradition was lacking except in some of the kampongs adjacent to the Pahang River and in the Luit valley. District Officers at both Kuan tan and Pekan worked hard to encourage the growth of wet padi and the improvement of other forms of cultivation. At Kuantan the counter-attractions were too strong; there was no alienation of wet padi land and little increase in the number of holdings taken up for other forms of subsistence agriculture (fig. 27). Immigrant Malays familiar with wet rice cultivation showed no inclination to develop it in east Pahang and the local Malays preferred to grow dry rice or collect jungle produce."// (Dr. R.G. Cant, 1973: {{ :lampiran:irsk.pdf ||}}[[https://www.mbras.org.my/monograph4.html|"An Historical Geography of Pahang"]] ([[https://fliphtml5.com/xqag/irsk/|PDF]]), m.s. 58-59). Selain itu, hasil hutan dari kawasan pedalaman Sungai Kuantan dibawa ke Kuala Kuantan untuk dieksport ke Singapura, Kelantan dan Terengganu: //"In 1888 the forest was also the source of a cash income. With Singapore established as a major trading centre there was a considerable demand for jungle produce and timber. In those areas of Pahang adjacent to existing settlements the local Malays and the Aborigines worked spasmodically to collect forest produce for sale as well as for subsistence. ... Atap and Mengkuang were collected mainly for local markets and exported to Kelantan and Trengganu, while quantities of guttas, rattans, bamboos, and damar torches were sent to Singapore. Timber was exported in the form of baulks or planks, Chengal from the Kuantan District was in great demand in Trengganu for boats and houses and Chinese junks en route to China frequently called at Kuantan to complete their cargoes with quantities of coffin wood. Most of the timber exported, however, went to the Singapore market."// (Dr. R.G. Cant, 1973: {{ :lampiran:irsk.pdf ||}}[[https://www.mbras.org.my/monograph4.html|"An Historical Geography of Pahang"]] ([[https://fliphtml5.com/xqag/irsk/|PDF]]), m.s. 39-40).