====== 1940-kini: Era Jepun dan Selepasnya ====== ===== 1941-12-30: Kuantan Ditakluk Jepun ===== //"Pada 8 hari bulan Disember 1941 kerajaan Jepun telah mengisytiharkan perang melawan kerajaan British dan Amerika Syarikat. Pada hari itu juga tentera Jepun telah mendarat di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu (dekat Kota Baharu Kelantan dan Patani) dan menyerang tentera British dan sekutunya di tanah besar Semenanjung Tanah Melayu. Dua hari kemudian, pada 10 hari bulan Disember 1941 dua buah kapal perang besar angkatan laut tentera British bernama Prince of Wales dan Repulse baharu datang ke Singapura untuk menambahkan kekuatan tentera laut British di sebelah timur, yang sedang dalam pelayarannya ke Laut Cina Selatan menuju ke utara hendak ke Teluk Siam, dan telah diserang oleh kapal terbang angkatan tentera udara Jepun di laut bersetentang dengan Kuantan (Pahang) hingga kedua buah kapal perang besar British yang dimegahkan itu tenggelam, dan sejak itu kekuatan tentera laut British di perairan sebelah timur telah lemah. Pada akhir tahun 1941 itu juga, satu pertempuran hebat telah berlaku di Kuantan (Pahang) di antara tentera Jepun dengan tentera British kerana merebut padang kapal terbang pihak tentera British yang ada di Kuantan. Tentera Jepun telah dapat menduduki Kuantan dan tentera British telah berundur, ada yang pulang ikut jalan raya pergi ke Kuala Lumpur, dan ada pula yang pergi ke Endau dan Mersing dan bertahan pula di situ. Sejak itu Pahang telah dikuasai oleh tentera Jepun."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 416). //"Pada 30 Disember 1942(1941?), Kuantan telah jatuh ke tangan askar Jepun yang menyerang Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua. Pusat bandar lama iaitu di sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar masih menempatkan binaan-binaan era sebelum Perang Dunia Kedua, sementara kubu kecil yang dibina dalam menghadapi ancaman Jepun boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar Kuantan."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantan|Wikipedia: Kuantan]]). ===== Peta Kuantan 1942-1944 ===== {{:peta:71nq43e9_xs._ac_sl1400_.jpg?400|Kuantan 1942}}{{:peta:peta-kuantan-1944.png?500|}} \\ **Kiri**: Kuantan, tahun 1942 (HMSO, 1957 @ Antiqua Print Gallery: {{ :laman:amazon.com_kuantan_1942._malaya._malaysia_-_1957_-_old_map_-_antique_map_-_vintage_map_-_printed_maps_of_malaysia_posters_prints.pdf ||}}[[https://www.amazon.com/Kuantan-1942-Malaya-Malaysia-Antique/dp/B07HR3LHDB|"Kuantan 1942. Malaya. Malaysia - 1957 - Old map - Antique map - Vintage map - Printed maps of Malaysia"]]). \\ **Kanan**: Kuantan, tahun 1944 (Survey of India Offices (P.Z.O.), 1944 @ Australian National University: {{ :laman:open_research_malaysia_malaya_kuantan_series_hind_1076_sheet_3_d_1944_1_253_440.pdf ||}}[[http://hdl.handle.net/1885/140615|"Malaysia, Malaya, Kuantan, Series: HIND 1076, Sheet 3 D, 1944, 1:253 440"]]). {{:peta:agdm_18382_full.jpg?900|Peta Pelabuhan Kuala Kuantan 1944}} \\ Peta Pelabuhan Kuala Kuantan 1944 (Great Britain. War Office. General Staff. Geographical Section, 1944 @ University of Wisconsin Milwaukee: {{ :laman:kuantan_port_and_town_malaya_compiled_and_drawn_by_inter-service_topographical_department_-_american_geographical_society_library_digital_map_collection_-_uwm_libraries_digital_collections.pdf ||}}[[https://collections.lib.uwm.edu/digital/collection/agdm/id/18382/|"Kuantan, port and town, Malaya / compiled and drawn by Inter-Service Topographical Department"]]). ===== 1945-08-14: Jepun Menyerah, Sultan Dalam Persembunyian ===== //"Pada 6 hari bulan Ogos 1945 tentera udara Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di bandar Hiroshima di negeri Jepun. Dua hari lepas itu, pada 9 hari bulan Ogos 1945 digugurkan pula bom di bandar Nagasaki, dan letupan kedua-dua bom atom itu telah membunuh dan mencederakan beratus-ratus ribu rakyat Jepun. Oleh sebab itu, pada 14 hari bulan Ogos 1945, Tenno Heika, Maharaja Jepun bagi pihak Kerajaan Jepun telah mengeluarkan surat pengakuan menyerah kalah kepada pihak Amerika Syarikat dan sekutunya, dan pengakuan ini telah diisytiharkan ke seluruh dunia pada 15 hari bulan Ogos 1945. ... Pada 14 hari bulan Ogos 1945 itu juga, Sultan Abu Bakar Pahang telah dipersilakan oleh pegawai tinggi Jepun yang menjadi "Gabenor Pahang" datang ke Kuala Lipis untuk satu perjumpaan. Dalam perjumpaan yang telah diadakan di Kuala Lipis pada 15 hari bulan Ogos 1945 baginda telah mendengar ucapan "Gabenor Pahang" itu mengenai "Tindakan Tidak Bekerjasama" (non-co-operation) dan "Gabenor" itu telah menghadiahkan kepada baginda beberapa helai kain tetapi tidak sedikit pun pegawai Jepun itu membayangkan atau menceritakan mengenai kerajaan Jepun telah menyerah kalah itu. Pada 17 hari bulan Ogos 1945 Sultan Pahang bersama dengan Datuk Mahmud bin Mat telah berangkat dari Kuala Lipis hendak kembali ke Pekan. Di pertengahan jalan hampir dengan pekan Kuantan baginda telah berhenti kerana hendak mendengar siaran radio. Di situ, dengan tiba-tiba baginda telah "diculik" oleh sekumpulan beberapa orang askar Pasukan 136 yang lengkap bersenjata dan memakai pakaian seragam, seorang daripada ketua dalam kumpulan itu telah memberitahu baginda bahawa mereka menjalankan tindakan menurut perintah dari pihak berkuasa tentera British Asia Tenggara yang berpangkalan di Pulau Ceylon, kerana bimbangkan kalau baginda dibunuh atau dicederakan oleh askar Jepun di tempat terpencil di negeri Pahang itu. Baginda telah dibawa oleh askar Pasukan 136 itu ke tempat perkhemahan mereka yang terletak dalam hutan sejauh tiga batu dari jalan raya. Hampir tiga minggu lamanya baginda tinggal dalam hutan bersama lapan puluh orang Cina yang mencari perlindungan di negeri Pahang. Pada 8 hari bulan September 1945 baharulah baginda sampai di Pekan dan telah disambut oleh beribu-ribu orang Melayu rakyat baginda yang mengucapkan syukur di atas keselamatan baginda."// ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s.420, 422). {{:gambar:sultanabubakar-pahang.png?300|Sultan Abu Bakar}} \\ Sultan Abu Bakar ([[https://ms.wikipedia.org/wiki/Buyong_Adil|Haji Buyong bin Adil]], 1972: {{ buku:m959.5123buy-sejarahpahang_hajibuyongadil_.pdf ||}}[[https://www.goodreads.com/book/show/45735798-sejarah-pahang|"Sejarah Pahang"]] ([[http://lib.perdana.org.my/PLF/Digitisation/OCR%20Done/OCR%201/final/mus_list%20of%20book/M959.5123BUY-SejarahPahang%5BHajiBuyongAdil%5D.pdf|PDF]]), m.s. 438). ===== Peta Negeri Pahang Tahun 1945 ===== {{:peta:5167164_1wmrk.jpg?600|Peta Negeri Pahang Tahun 1945}} \\ Peta negeri Pahang tahun 1945 (Historic Pictoric: {{ :laman:map_pahang_malaysia_1945_political_divisions_of_malaya_pahang_a_-_historic_pictoric.pdf ||}}[[https://www.historicpictoric.com/products/map-pahang-malaysia-1945-political-divisions-malaya-antique|"Map : Pahang, Malaysia 1945, Political divisions of Malaya, Pahang , Antique Vintage Reproduction"]]).