====== Haji Senik / Tok Senik / Wan Abdullah Wan Karim (1818-1887) ====== ===== Dirujuk oleh ===== * [[1850an|1850-an: Pembukaan Kuantan]] ====== Kronologi ====== ===== Ringkasan ===== //"Nama penuh beliau Haji Wan Abdullah bin Abdul Karim, dikenali dengan Haji Senik atau Tok Senik berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Haji Senik adalah seorang ulama dan keturunan Raja Pattani. Beliau juga seorang pahlawan yang terlibat dalam Perang Musuh Bisik bersama-sama gurunya Sheikh Abd Rahman dan Sheikh Abdul Samad Al-Palimbani. Pada tahun 1830 an - Kerajaan Siam menyerang Kesultanan Melayu Pattani dan menawan Pattani sehingga menyebabkan orang Melayu Pattani berhijrah ke tempat lain. \\ \\ Pada tahun 1838 – Haji Senik dan rombongannya berhijrah keluar dari Pattani ke Pasir Panjang, Pekan. Haji Senik mengadap Sultan Pahang meminta perlindungan. \\ \\ Pada tahun 1847 – Sultan Pahang mengizinkan Haji Senik meneroka kawasan untuk dijadikan penempatan. Haji Senik dan pengikutnya membuka Kampung Teruntum (berhampiran Taman Esplanade, Kuantan). Setelah kematian anaknya Cik Timah, Haji Senik meninggalkan Kampung Teruntum dan berpindah ke kawasan lain di utara Teruntum. \\ \\ Pada tahun 1850 - Haji Senik dan pengikutnya membuka kawasan Sungai Beruang yang tanahnya didapati subur dan airnya jernih. Dinamakan Sungai Beruang kerana beruang selalu datang dan menimbulkan rasa kurang senang penduduk tersebut. Haji Senik sering menasihati penduduk agar bersabar dan berserah. Dalam versi yang lain, kawasan ini diserang penyakit Hawar menyebabkan penduduk bercadang berpindah ke tempat lain tetapi Haji Senik minta mereka bersabar dan berserah kepada Allah. Ungkapan Beserah kepada Allah yang sering diulang-ulang oleh Haji Senik, akhirnya nama Sungai Beruang ditukar kepada Beserah sehingga sekarang \\ \\ Pada tahun 1851 - Haji Senik dilantik sebagai Penghulu Beserah yang pertama oleh Sultan. Beliau kerap berulang alik ke Istana Pekan dan sangat disenangi oleh Sultan. \\ \\ Pada tahun 1851 - Haji Senik membina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Ghairil Jamek Kg Beserah. \\ \\ Pada tahun 1887 - Haji Senik meninggal dunia dan makamnya terletak di masjid tersebut atau sekarang dikenali dengan Masjid Lama Beserah. Di masjid ini terdapat perigi yang airnya jernih, tidak payau dan tidak pernah kering walapun musim kemarau berpanjangan. Masjid ini juga tidak dinaiki air ketika banjir besar melanda Pahang pada tahun 1926 walaupun kedudukannya bersebelahan dengan Sungai Beserah (dahulu dipanggil sungai Beruang). Semasa hayat Haji Senik, beliau sering diziarahi oleh Pahlawan Mat Kilau dan Datuk Bahaman yang datang berkunjung ke rumah beliau di Kampung Beserah. "// {{:facebook:453744902_937355818431376_7265014493786893453_n.jpg?200|}}{{:facebook:453997453_937356315097993_6926556446392729329_n.jpg?350|}}{{:facebook:453625493_937356405097984_2195947040213199909_n.jpg?350|}} (Sumber: Viral Pahang Makmur @ Facebook, 2 Ogos 2024: {{ :facebook:2_haji_senik_beserah_nama_penuh_beliau_haji..._-_viral_pahang_makmur_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/phgmakmur/posts/pfbid09S3ih9uUcVi9PA6sQP76eRzqnTyTu9ZnG1iqWSwEV5q753f845f1ChMdhN8uF3TDl|"HAJI SENIK BESERAH"]]). Dari sumber lain:- //"Nama sebenarnya ialah Syeikh Haji Wan Abdullah Bin Abdul Karim dan beliau dilahirkan di Kampung Ketitir, Patani. Beliau kemudiannya mahsyur dengan gelaran Tuan Guru Haji Senik. Ada riwayat yang menyebutkan bahawa, Tuan Guru Haji Senik berasal dari keturunan Raja Patani. Beliau dipercayai lahir sekitar tahun 1810an. \\ \\ Disebut bahawa guru kepada Tuan Guru Haji Senik ialah Tuan Mandak atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Rahman al-Falembani iaitu anak kepada ulama' tersohor alam Melayu Syeikh Abdul Samad al-Falembani. \\ Sewaktu perang Patani Kedah melawan Siam, Tuan Guru Haji Senik telah bersama-sama membantu Syeikh Abdul Samad al-Falembani dan Syeikh Abdul Rahman al-Falembani. Dalam pertempuran tu, mujahidin pimpinan Syeikh Abdul Samad tewas dan mereka terpaksa berundur. Lalu Syeikh Abdul Samad mengarahkan agar anaknya Syeikh Abdul Rahman dan Tuan Guru Haji Senik pergi ke Daik, Indonesia. \\ \\ Mereka akhirnya berlabuh ke Pahang dan mengadap Sultan Pahang bagi meminta perlindungan. Sultan mengizinkan Tuan Guru Haji Senik meneroka sebuah kawasan di Pahang. Lama kelamaan Kampung Teruntum telah dibuka olehnya sekitar tahun 1850. \\ \\ Seterusnya beliau berhijrah pula ke sebuah kawasan lain yang diberi nama Kampung Beserah yang terletak di Temerloh, Pahang. Tuan Guru Haji Senik menjadi penghulu kampung yang pertama. \\ \\ Sekitar tahun 1911, beliau telah dijemput oleh Sultan Pahang datang ke Pekan untuk mengajar anak-anak raja. \\ \\ Dato' Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelantan diriwayatkan pernah menziarahi Tuan Guru Haji Senik sewaktu hayatnya. \\ \\ Beliau meninggal dunia pada 1918 dan disemadikan jasadnya di sebelah Masjid Beserah."// (Sumber: Anak Muda Sayang Ulamak @ Facebook, 9 Jun 2020: {{ :facebook:tuan_guru_haji_senik_beserah_meninggal..._-_anak_muda_sayang_ulamak_facebook.pdf ||}}[[https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid028W6eRX5x5zLS1UDxBJneJocfqcmUkusi3QxsSj1UKbj6eftnjh5wZy1ZvSWbKWtyl&id=105504381104359|"Tuan Guru Haji Senik Beserah ( Meninggal pada 1918 )"]]). **LATAR LOKASI: [[beserah|Beserah]]** ====== Peninggalan ====== ===== Masjid Ghairul Jamek, Beserah ===== {{:gambar:copy_of_img_6508.jpg?220|}}{{:gambar:copy_of_img_6509.jpg?220|}}{{:gambar:copy_of_img_6510.jpg?220|}}{{:gambar:copy_of_img_6511.jpg?220|}} \\ {{:gambar:copy_of_img_6512.jpg?140|}}{{:gambar:copy_of_img_6513.jpg?140|}}{{:gambar:copy_of_img_6514.jpg?140|}}{{:gambar:copy_of_img_6516.jpg?240|}}{{:gambar:copy_of_img_6517.jpg?240|}} \\ //"Pagi Isnin 5 September 2016. Selepas bermalam di rumah seorang kawan di Beserah, Kuantan kami dibawa ke masjid lama ini. Ia dikenali sebagai Masjid Tok Senik. Masjid ini katanya dibina oleh Tok Senik, seorang bangsawan dari Patani bermula tahun 1850."// (Radzi Sapiee, 24 September 2016: {{ :laman:seni_lama_melayu_malay_olden_art_masjid_mosque_of_tok_senik_beserah_kuantan.pdf ||}}[[https://artmelayu.blogspot.com/2016/09/masjid-mosque-of-tok-senik-beserah.html|"Masjid (Mosque of) Tok Senik, Beserah, Kuantan"]]). {{:gambar:masjid_ghairul_jamek_tuan_haji_senik_2015.jpg?550|Masjid Ghairul Jamek, Beserah}} //"Masjid yang terletak di tepi sungai mengadap muara sungai Beserah ini dibina pada tahun 1850 oleh Haji Wan Abdullah Abdul Karim atau lebih dikenali dengan nama Haji Senik. Ada yang mengatakan Haji Senik dipercayai waris diraja dari Pattani. Sejarah menulis sekitar 1830an kerajaan Siam menyerang Kesultanan Melayu Pattani dan menawan Pattani ketika itu yang menjadi punca ramai orang Melayu Pattani lari dan berhijrah antaranya ke tanah yang kita duduki kini. Pelbagai keisitimewaan disebut tentang masjid ini antaranya yang menjadi tanda tanya hingga hari ini ialah air perigi masjid yang jernih, tidak payau dan tidak pernah kering walapun musim kemarau berpanjangan. Masjid ini tidak dinaiki air ketika banjir besar melanda Pahang pada tahun 1926 walaupun kedudukannya berdekatan sungai Beserah (dahulu dipanggil sungai Beruang) dan mengadap laut. Bagaimanapun kini tidak ramai menggunakan masjid ini walaupun kegiatan agama masih dijalankan selepas masjid baru dibina berdekatan. Rev. Tarikh binaan 1850"// (Admin Kampung Beserah, 12 Ogos 2015: [[https://kampungbeserah.myfreesites.net/kisah-beserah/6-top-tips-for-a-tip-top-blog|"Masjid Ghairul Jamek Tuan Haji Senik"]]). ==== Makam ==== {{:gambar:copy_of_img_6518.jpg?270|}}{{:gambar:copy_of_img_6519.jpg?150|}}{{:gambar:copy_of_img_6524.jpg?150|}}{{:gambar:copy_of_img_6525.jpg?270|}} \\ {{:gambar:copy_of_img_6526.jpg?270|}}{{:gambar:copy_of_img_6528.jpg?150|}}{{:gambar:copy_of_img_6529.jpg?150|}}{{:gambar:makam-hajisenik-beserah-2015.jpg?270|Makam Haji Senik}} \\ //"Di sebelah masjid terdapat bangunan ini. Di dalamnya terletak makam Tok Senik, juga dikenali sebagai Tuan Haji Senik. Nama sebenar beliau adalah Haji Wan Abdullah Abdul Karim. Beliau dipercayai seorang ahli kerabat diraja Patani yang melarikan diri setelah Siam (Thailand) menyerang lalu menguasai Patani tahun 1830an.."// (Radzi Sapiee, 24 September 2016: {{ :laman:seni_lama_melayu_malay_olden_art_makam_tomb_of_tok_senik_beserah_kuantan.pdf ||}}[[https://artmelayu.blogspot.com/2016/09/makam-tomb-of-tok-senik-beserah-kuantan.html|"Makam (Tomb of) Tok Senik, Beserah, Kuantan"]]). Gambar terakhir: //"Di perkarangan sebelah kiri masjid (menghala kiblat), terletak sebuah makam dimana bersemadi Allahyarham Haji Wan Abdullah Abdul Karim yang kita kenali dengan nama Tokki Haji Senik. Dalam menitih salahsilah melalui penulisan kajian yang pernah dibuat orang, ada yang sebut beliau keturunan di raja Pattani dan paling banyak menyebut beliau seorang Ulama dari Pattani. Haji Senik adalah orang yang membuka kawasan di tebing sungai Kuantan dikenali sebagai Teruntum. Terdapat 3 kubur didalam bangunan makam, sebelah kubur utama merupakan kubur waris kepada Haji Senik. Dan sebuah lagi kubur diceritakan kubur anak perempuan Tokki Senik bernama Fatimah yang meninggal di Teruntum dan dipindahkan ke sini dari perkuburan tebing Sungai Kuantan. Terdapat 3 buah kubur lagi di luar bangunan makam, 2 kubur bersaiz biasa dan satu kubur bersaiz kecil. Namun saya tidak pasti kubur milik siapa. Kemungkinan besar waris dekat kepada Tokki Senik juga dikebumikan di situ."// (Admin Kampung Beserah, 29 Julai 2015: [[https://kampungbeserah.myfreesites.net/kisah-beserah/welcome-to-our-blog-but-what-is-it|"Haji Senik"]]). **LATAR LOKASI: [[beserah|Beserah]]**