User Tools

Site Tools


ibu_negeri

This is an old revision of the document!


Sejarah Ibu Negeri Pahang

Dirujuk oleh

Kronologi

Ibu Negeri Prakolonial (-1885): Pekan

“Khabarnya, ibu negeri Pahang yang pertama ialah Pekan. Ini kerana bandar tersebut dijadikan tempat bersemayam DYMM Sultan Pahang. Bandar Pekan yang bersejarah itu terletak kira-kira 10 kilometer dari muara Sungai Pahang. Sasterawan terkenal Munsyi Abdullah pernah singgah di Pekan sekitar tahun 1840-an dan mencatatkan keadaan bandar itu di dalam Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan (1254H/1838M). Sebelum menjawat jawatan sebagai Residen British pertama di Pahang sekitar Oktober 1888, J.P. Rodger pernah singgah di Pekan.

Dalam laporannya bertarikh 15 Oktober 1885 Rodger menyebut bahawa Pekan hanyalah merupakan sebuah kampung sederhana yang mengandungi satu deretan tidak lebih daripada 100 pondok kepunyaan orang-orang Melayu dan Cina, yang kebanyakannya dijadikan kedai. Bangunan di bandar diperbuat daripada buluh dan beratapkan daun nipah; sementara di seberang sungai (Sungai Parit) terdapat bangunan batu yang terdiri daripada sebuah masjid, dua atau tiga buah rumah kepunyaan Sultan dan beberapa buah rumah papan yang agak besar bagi kegunaan isteri-isteri Sultan dan keluarga serta pembantu terdekat baginda. Bilangan penduduk di sekitar tempat tersebut tidak melebihi 5,000 orang.

Dikatakan juga, antara tugas awal yang difikirkan oleh Rodger pada masa itu ialah memindahkan ibu negeri Pahang ke suatu kawasan yang lebih functional terletak lebih ke kawasan pedalaman untuk menjadikan urusan pentadbiran lebih efektif. Keadaan ekonomi dan politik negeri Pahang dalam zaman itu tidak mengizinkan cadangan ini terlaksana.

Penemuan dan pembukaan lombong emas dan bijih timah di Ulu Pahang dan langkah Sultan Ahmad al-Muadzam Shah memberikan banyak konsesi melombong, khususnya kepada pengusaha-pengusaha Cina, menyebabkan lebih bersemaraknya hasrat British untuk mencari tempat baru sebagai ibu negeri.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

1885-1889: Campurtangan British

“Perpindahan kuasa yang berlaku di Pekan iaitu daripada tangan raja Melayu (corak pemerintahan tradisional) kepada Inggeris sememangnya menimbulkan ketegangan. Menyedari kemungkinan berlakunya kemelut politik ini, terutama gejala kuasa pemerintahan baginda diatasi oleh Inggeris, Sultan Ahmad melantik putera sulung baginda Tengku Mahmud sebagai Tengku Mahkota di samping memberikannya kuasa sebagai wakil Sultan di Pekan, sementara baginda sendiri berundur kira-kira 200 batu ke ulu Sungai Pahang di suatu kawasan yang bernama Pulau Tawar dan membina istana di sana. Baginda dikatakan bersemayam di Pulau Tawar selama 3½ tahun (Disember 1889 hingga Mei 1893) dan meninggalkan bandar Pekan, ibu negeri Pahang, di bawah jagaan Tengku Mahmud.

Ada beberapa rentetan peristiwa yang membantu cepatnya campur tangan Inggeris di Pahang. Salah satunya ialah peristiwa pada suatu malam bulan Februari tahun 1888: seorang Cina yang berkedai di Pekan, Go Hui namanya, telah kena tikam tentang mulutnya pada suatu tempat berhampiran dengan istana Sultan Pahang. Hal ini telah heboh diketahui orang. Oleh sebab orang Cina yang kena tikam itu dikatakan seorang rakyat British di Singapura, maka Clifford telah masuk campur menyiasat siapakah yang telah menikam orang Cina itu. (Ada pendapat yang mengatakan Goh Hui bukannya rakyat British tetapi rakyat China, kerana dia datang terus dari negeri China). Bendahara Pahang iaitu Hakim Besar dalam negeri itu mengatakan pada perasaannya perbuatan itu ialah perbuatan hantu syaitan; tetapi Clifford tidak mahu percaya kepada cakap Bendahara itu. Dalam pada itu ada khabar angin mengatakan yang menikam Go Hui itu ialah seorang ketua hulubalang penjaga Sultan Pahang bernama Tuan Muda iaitu dengan titah Sultan Pahang kerana beginda telah jatuh berahi kepada isteri Go Hui itu yang bernama Ah Chu. Clifford telah meminta Sultan Pahang supaya baginda menawarkan hadiah kepada barang siapa yang dapat menangkap orang yang menikam itu. Oleh sebab permintaan Clifford itu, maka Sultan Pahang pun mengeluarkan surat titah menawarkan hadiah sebanyak seratus ringgit kepada barang siapa yang dapat membukakan rahsia itu. Tetapi surat itu tiadalah ditandatangani atau dicap dengan mohor baginda. Clifford telah berusaha hendak menyelesaikan hal itu. Ia bercadang menghantar Go Hui dan isterinya balik ke Singapura. Sultan Pahang mengatakan baginda tiada hendak menahan perbuatan Clifford itu, tetapi hendaklah Ah Chu itu terlebih dahulu menjelaskan hutangnya kepada baginda sebanyak $3,200.00. Dalam hal yang demikian, kira-kira pada bulan Mac tahun itu juga, Go Hui mati. Adapun ikhtiar Clifford (dan mungkin pihak yang terkemudian daripadanya) hendak mengetahui orang yang menikam Go Hui itu belumlah berhasil sehingga ke saat ini! Tiada berapa lama selepas itu iaitu pada 23 Jun 1888 Gabenur Negeri-Negeri Selat datang ke Pahang.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Ibu Negeri Kolonial (1889): Kuala Lipis

Sejak Pahang diperintah di bawah sistem Residen British pada tahun 1889, Kuala Lipis telah dijadikan ibu negeri Pahang.


“Kuala Lipis in the late 1880s.”

Latar Peristiwa:-

“Pahang diperintah sepenuhnya mengikut sistem Residen pada tahun 1889. Bagi menyenangkan memerintah, Pahang dibahagikan kepada lima daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuala Pahang, Kuantan, Rompin, Temerloh dan Ulu Pahang. Dua jawatan penting pada masa itu iaitu Pemungut Hasil dan Pegawai Daerah diwujudkan di setiap daerah. Pada masa itulah juga dirasakan perlu diwujudkan suatu pusat pemeritahan di Ulu Pahang, yang kira-kira sama jaraknya dengan tempat Sultan bersemayam di Pulau Tawar dengan ibu negeri di Pekan.

Kedudukan Kuala Lipis pada masa itu dianggap amat strategik, terutama sebagai tempat pertemuan dua batang anak sungai terpenting, iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Kedua-dua sungai ini adalah menjadi alat perhubungan yang utama dan amat penting dalam strategi peperangan terbuka. Pada masa itu, pembesar Lipis ialah Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud, yang lebih dikenali sebagai Orang Kaya Haji. Perhubungan W. C. Mitchell (yang menggantikan Clifford) dengan Orang Kaya Haji meruncing, yang berakhir dengan pembunuhan Mitchell oleh Haji Wan Daud. Disebabkan Orang Kaya itu terus mengamuk membuta-tuli, Tengku Mahmud memerintahkan supaya dihantar angkatan bagi menenangkan keadaan, yang menyebabkan Orang Kaya Haji terbunuh. Peristiwa inilah yang menjadi penyebab utama Kuala Lipis dijadikan ibu negeri Pahang menggantikan Pekan; meskipun pada permulaannya perpindahan itu dianggap sebagai sementara sahaja bagi menenangkan keadaan politik semasa. Sementara tak sementara pun, Kuala Lipis kekal menjadi ibu negeri Pahang selama 64 tahun!”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

1901: Cadangan Perpindahan Awal

Cadangan-cadangan awal perpindahan ibu negeri dari Kuala Lipis, oleh kerana kesan banjir tahunan: “Proposals to transfer the administrative centre from Kuala Lipis were raised as early as 1901 as widespread inundation had become a recurring annual menace long before the severe 1926 devastation. Administrative officers began recommending the names of several towns as possible replacements.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

Menurut Yaakub Isa, beberapa pejabat turut dipindahkan ke Raub, berkemungkinan sebagai salah satu cadangan ibu negeri: “Khabar tentang kawsasan Ulu Pahang kaya dengan emas dan bijih timah ternyata tidak dapat dibuktikan. Usaha untuk menggalakkan pengusaha dan peniaga Cina dari Singapura membuka lombong dan perniagaan di sana tidak begitu berjaya. Raub pula sebaliknya lebih berjaya menarik peniaga dan pengusaha untuk membuka kawasan perniagaan berbanding Lipis, malah dikatakan boleh menandingi ibu negeri itu pada bila-bila masa sahaja. Beberapa pejabat kerajaan negeri telahpun dipindahkan dari Kuala Lipis ke Raub, antaranya termasuklah Pejabat Pelajaran yang dipindahkan ke bangunan rumah Guru Besar Sekolah Mahmud di Jalan Lipis yang terletak di atas bukit pada tahun 1927. Stor kereta dibina di kawasan Sekolah Kebangsaan Raub sekarang. Bangunan Pejabat Pelajaran Pahang itu kemudiannya menumpang pula di Pejabat Daerah Raub sebelum berpindah ke Jalan Temple. Setelah Pejabat Pelajaran berpindah ke Kuantan bangunan itu dijadikan Pejabat Pelajaran Pahang Barat sebelum diroboh dan dipindahkan ke Bangunan DTC di Jalan Tras.” (Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

1901-1920: Cadangan Pertama: Jerantut

Namun cadangan awal ibu negeri secara rasmi adalah Jerantut. Menurut Yaakub Isa, ia dicadangkan pada tahun 1901 itu juga, dan ditangguhkan sehingga pembinaan jalan kereta api selesai: “Tahun 1901 timbul sekali lagi cadangan memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis. Residen British pada masa itu mencadangkan supaya ibu negeri dipindahkan ke Jerantut. Potensi Jerantut untuk menjadi ibu negeri lebih baik, kerana kedudukannya agak di tengah-tengah negeri, di samping adanya hubungan melalui Sungai Pahang dan jalan kereta api. Cadangan ini tergendala semasa Edward Brewster menjadi Residen kerana baginya projek pembinaan jalan kereta api mestilah disempurnakan terlebih dahulu.” (Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Menurut Alan Teh Leam Seng, cadangan perpindahan ke Jerantut diusulkan pada tahun 1909. Pada mulanya ia tertunda oleh kerana menunggu penyiapan landasan kereta api, namun akhirnya terbengkalai: “In 1911, a committee was appointed to deliberate on a proposal made two years earlier by British Resident Edward Lewis Brockman for Jerantut to be considered but no conclusive resolutions on the matter were made. In 1912, Brockman's successor, Edward John Brewster, deferred the issue until the completion of the Pahang railway lines which was ongoing at that time. By the time rail service finally came to fruition in 1920, plans to shift the administrative centre were already swept under the carpet and became a distant memory.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1929-1948: Cadangan Kedua: Kemasul

Berikutan banjir besar tahun 1926 yang telah menenggelamkan Kuala Lipis, pemangku Residen Pahang, C.F.J. Green mencadangkan pemindahan ibu negeri ke kawasan di antara Karak dan Mentakab (kawasan Hutan Simpan Kemasul kini). Namun sambutannya dingin:-

“Banjir besar yang dikenali oleh orang-orang Pahang sebagai Bah Keruh melanda Pahang pada 1926 menyebabkan seluruh bandar Kuala Lipis tenggelam. Peristiwa ini ada kesannya kepada pencarian ibu negeri baharu. Dato’ Mahmud Mat mencatatkan di dalam memoirnya Tinggal Kenangan bahawa banjir yang airnya keruh seperti air teh susu itu hampir mencecah loteng kebanyakan kedai di Kuala Lipis khasnya di kawasan tebing Sungai Jelai yang dikenali dengan nama Jelai Street itu. Banjir itu juga menyebabkan banyak bangunan kerajaan runtuh dan hanyut.

Semasa C. F. J. Green memangku jawatan Residen Pahang timbul pula cadangan memindahkan ibu negeri ini buat kali ketiganya, tetapi lokasi yang baru ialah di suatu kawasan yang letaknya di antara Karak dengan Mentakab. Kawasan ini meliputi kawasan hutan simpan Kemasul yang ada sekarang dan dikatakan tidak terlibat dengan peristiwa banjir 1926. Cadangan ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan ketua-ketua jabatan untuk diminta pandangan. Jawapan yang diterima amat dingin dengan hanya dua orang yang menjawab dan salah seorangnya tidak bersetuju.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Menurut Alan Teh Leam Seng, cadangan tersebut diusulkan secara rasmi di dalam sebuah memorandum pemangku Residen C.F.J. Green pada tahun 1929: “It took a further nine years before the Acting British Resident C.F.J. Green made a recommendation in his 1929 memorandum to move the administrative centre to an area between Karak and Mentakab which was not only larger and allowed for future expansion, but was also not affected by the great floods of 1926. The proposal was circulated to all departmental heads but the feedback received wasn’t encouraging. Only two responded with one entirely opposed to the idea.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

Isu pemindahan ibu negeri tertunda akibat krisis kemelesetan ekonomi, diikuti penaklukan Jepun:-

“Keadaan slump dan inflasi yang berlaku pada 1929 hingga akhir 1945 merupakan faktor yang mendorong ketiadaan tindakan ini.” (Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

“A series of calamitous events that followed suit postponed the idea of leaving Kuala Lipis indefinitely. It began with the Great Depression which started after the October 1929 stock market crash on Wall Street. It sent investor confidence into a tailspin and wiped out millions of investment dollars. The contagion then began spreading across the globe and eventually reached the shores of Malaya. Lasting a decade, it became the worst economic downturn in the history of the industrialised world. All over the world, authorities initiated belt-tightening measures and avoidable public expenditure like changing administrative centres were out of the question. In Pahang, as well as all of Malaya, the slump began showing signs of abating by the tail end of the 1930s, but the ensuing Second World War and Japanese Occupation prolonged the suffering until peace returned in September 1945.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

Oktober 1948: Sekembalinya British setelah tamatnya perang dunia kedua, cadangan yang sama telah dikemukakan, namun masih tiada tindakan:-

“Cadangan yang sama juga pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dalam bulan Oktober 1948, tetapi sebagaimana biasa, tiada tindakan yang diambil.” (Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

The return of the British brought about renewed attempts to find a new site for Pahang's administrative centre. A proposal was discussed during a State Council meeting in October 1948 but, yet again, nothing concrete came of it.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1953-03-02: Pemilihan Kuantan

Akhirnya pada 2 Mac 1953, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memindahkan ibu negeri Pahang ke Kuantan. Latar peristiwa menurut Yaakub Isa:-

“Pada tahun 1952 Kerajaan Persekutuan meluluskan satu peruntukan yang agak besar untuk membina rumah kediaman bagi pegawai kerajaan di Pahang. Kerajaan negeri pula menghadapi masalah mendapatkan tanah di Kuala Lipis untuk projek ini; kalau ada pun terpaksa melaksanakan kerja-kerja tanah iaitu mengorek bukit dan menambun lembah yang tentunya memakan biaya yang cukup besar. Ekoran daripada masalah ini, timbullah pula sekali lagi cadangan untuk memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis dan kali ini perhatian tertumpu kepada dua lokasi baru iaitu kawasan sepanjang jalan Mentakab-Temerloh dan Kuantan. Lokasi pertama dikatakan sesuai kerana terletak di tengah-tengah negeri di samping boleh dihubungi melalui jalan kereta api; meskipun terpaksa pula menyelesaikan isu tanah yang berbukit-bukau yang tentunya menambahkan kos penyelenggaraan. Kuantan pula dikatakan lebih ideal sebagai ibu negeri kerana:
(a) Mempunyai kawasan tanah datar yang luas, tidak terlalu berbukit-bukau;
(b) Tidak terlibat sangat dengan banjir;
© Bandar ini sahajalah yang mempunyai lapangan terbang di negeri Pahang;
(d) Kedudukannya yang tidak berapa jauh dari bandar diraja Pekan;
(e) Terdapat pantai yang indah yang boleh dijadikan pusat tarikan pelancong;
(f) Kuantan juga merupakan satu-satunya bandar di Pahang yang mempunyai pelabuhan dan ada perkhidmatan kapal yang menghubungi bandar ini dengan Singapura.

Terdapat dua buah kapal penumpang yang berulang-alik Kuantan-Singapura iaitu Resang dan Renggam. Jemaah haji dari Pahang Timur dan kawasan sekitarnya menggunakan kapal inilah untuk ke Singapura dan seterusnya ke Mekah menggunakan kapal Ansun dan Bunga Raya.

Maka terpilihlah Kuantan menjadi ibu negeri Pahang yang baru. Keputusan muktamat memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis ke Kuantan hanya dicapai pada 2 Mac 1953.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Latar yang sama menurut Alan Teh Leam Seng:-

“Matters came to a head in 1952 when the Federal Government approved a substantial allocation for the construction of government servant quarters in Pahang. During a meeting, the State engineer pointed out that it was difficult to find suitable land for this purpose in Kuala Lipis. … Realising that a decision had to be made, the Pahang government began putting thought to two shortlisted sites — the Termeloh-Mentakab area and Kuantan. Although the former was superior in terms of its location in the centre of the state and easily accessible by railway, it was the latter that garnered the most votes. Kuantan had a larger land bank that was flat and easier to develop as well as a seemingly unlimited amount of water supply. Coupled with its proximity to the royal town of Pekan and its claim to the only airport in the entire state, Kuantan was definitely the clear favourite.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1955-08-27: Perasmian Kuantan Sebagai Ibu Negeri

Latar peristiwa perasmian Kuantan sebagai ibu negeri Pahang yang baharu, lebih 2 tahun kemudiannya (27 Ogos 1955):-

“Meskipun keputusan muktamad telah dibuat, masih ada lagi halangan untuk urusan selanjutnya. Masalah yang besar ialah menunggukan keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang yang lebih mengizinkan. Masalah kedua pula ialah pada masa itu kerajaan terpaksa juga menumpukan kepada usaha memerangi pengganas komunis di hutan Pahang yang memakan banyak belanja. Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman dalam sebuah rencana yang disiarkan dalam Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Jilid LXXVI Part 2 Disember 2003 memberikan kredit khas kepada kedua-dua tokoh yang telah bersunguh-sungguh berusaha memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan, iaitu Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ahmad dan Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein.

Ibu Negeri Pahang yang Baharu

Ibu negeri Pahang telah dipindahkan secara rasmi ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah. Perayaan selama dua hari dua malam berturut-turut telah diadakan di sekitar bandar yang diisi dengan persembahan kebudayaan, sukan (termasuk sukan air) di Sungai Kuantan dan perarakan kereta berhias pada sebelah malamnya.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Latar yang sama menurut Alan Teh Leam Seng:-

“The final decision to move from Kuala Lipis to Kuantan was made on March 2, 1953. Soon after, however, obstacles began to surface even though the decision was already made. There was strong opposition from state officers as well as their counterparts in the Federal Government to make the Temerloh-Mentakab area the state capital and develop Kuantan, which was renowned for its natural beauty and pristine beaches facing the South China Sea, as a major tourist destination.

The opposing faction finally gave in when Menteri Besar Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni Al-Marhum Sultan Ahmad who was aided by the efficient Acting State Secretary, Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Abdul Razak Hussein (later Tun) managed to proceed with the transfer.

Just two years later, Abdul Razak succeeded Tengku Muhammad as the third Menteri Besar of Pahang and then went on to become second Prime Minister of Malaysia in 1970.

Finally, after more than half a century, Kuantan was officially declared the state administrative by the Pahang ruler, Sultan Abu Bakar on Aug 27, 1955. The momentous event was celebrated with pomp and pageantry for two consecutive days. Relief could definitely be sensed as the transfer had taken so long that during the duration, Pahang had come under the reigns of four sultans and experienced the administration of 16 British Residents!”

(Sumber: Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1955-: Suasana Setelah Perpindahan

“Dengan perpindahan ibu negeri ini turutlah berpindah pegawai dan kakitangan kerajaan serta kaum keluarga mereka dari Kuala Lipis dan Raub (Pejabat Pelajaran Negeri Pahang dan beberapa pejabat kerajaan lain terletak di Raub) ke Kuantan. Pada masa itu kawasan perumahan pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Transit Quarters telah siap untuk diduduki.

Bagi kebanyakan penduduk asal Kuantan, kedatangan penghuni baru ke bandar ini turut membawa kejutan, baik dalam bentuk sosial, ekonomi mahupun lingusitik. Kalau dahulunya loghat yang dituturkan oleh penduduk Kuantan merupakan campuran loghat Riau-Johor yang dipengaruhi oleh loghat Terengganu, kini wujud pula fenomena loghat baru yang dibawa oleh orang-orang Lipis dan Raub. Bidang ekonomi juga banyak yang berubah. Harga barangan pengguna melambung, terutamanya ikan dan sayur-sayuran. Sewa rumah kediaman pun demikian juga. Ikan aya (ikan kayu) yang dahulunya tidak begitu digemari oleh orang-orang Kuantan dan Pekan kerana kononnya boleh menyebabkan gatal tubuh badan, sehingga harganya berada di bawah 10 sen sekati; dengan ketibaan saudara-saudara dari ‘kawasan ulu Pahang’ ini harganya turut meningkat, meskipun tidaklah sebanding harga ikan tenggiri. Penjualan ikan yang dahulunya dibuat dalam bentuk 'secocok' dan 'segugus' (bagi ikan kecil seperti kembung, selar, kerisi dan sebagainya) atau 'seekor', 'sebelah', 'sekarat belah' (bagi ikan besar seperti tenggiri, gerung, jemuduk, senangin dan sebagainya) kini ditetapkan mengikut timbangan kati dan tahil. Harga daging dan ayam-itik juga turut naik.

Mengatasi masalah pengangkutan pada masa itu, Majlis Bandaran Kuantan mula mengadakan perkhidmatan bas bandar di bawah nama Kuantan Town Bus. Bas yang digunakan ialah bas yang bersaiz pendek, yang boleh bermuat sekitar 20 orang sahaja. Harga tiketnya juga relatif murah – di antara 5 sen hingga 15 sen. Ramailah penduduk Kuantan pada masa itu yang ingin untuk merasa menaiki bas ini dengan hanya bersiar-siar di sekitar bandar kecil ini!

Meskipun telah menjadi ibu negeri, ciri-ciri tradisional Kuantan masih kelihatan pada pertengahan tahun 1950-an itu. Kalau kita rajin, membawa pelita minyak tanah dan serampang, kita boleh dengan mudah mendapat satu tin minyak tanah ketam dengan hanya menyusuri pantai dari Tanjung Api ke kawasan Kastam hingga ke kawasan bangunan MPK sekarang. Ketam dan pelbagai jenis siput, kepah dan lokan banyak terdapat di pantai Teluk Cempedak. Di kawasan hujung Teluk Cempedak menghala ke Tanjung Gelang terdapat sebuah anak air yang sejuk dan tawar airnya.

Sebuah kedai roti yang terletak di kawsan berhampiran Percerakan Inderapura sekarang menjual roti bun berintikan kelapa dan kulit limau purut yang sangat sedap rasanya. Kami selalu membelinya ketika roti itu masih panas-panas lagi.

Di kawasan tebing anak sungai menghala ke Taman Gelora sekarang (sungainya telah lama tertimbus) banyak dijumpai tengkorak manusia, kesan zaman pemerintahan Jepun dan zaman Bintang Tiga yang menjadi igauan yang mengerikan suatu masa dahulu. Tengkorak manusia juga boleh dijumpai di kawasan anak air di bahagian hujung Teluk Cempedak yang disebutkan tadi.

Satu-satunya restoran yang menjual mee rebus yang sedap di Kuantan ialah Restoran dan Hotel Tong Fong. Hotel tersebut mempunyai bilik yang tidak sampai sepuluh buah dan bilik mandinya dikongsi. Sewanya sekitar $7.00 semalam. Walaupun kecil, tetapi hotel ini bersih di samping mee rebusnya itu tadi yang sedap. Bangunan hotel itu masih wujud hingga sekarang tetapi namanya telah berubah, iaitu bangunan pertama di deretan kedai sebelah kanan Jalan Wall (Jalan Mahkota sekarang) dekat kawasan stesyen teksi di hadapan Balai Polis Kuantan.”

“Tidak berapa lama kemudian seorang pengusaha Melayu (orang Kampar) Haji Harun dan menantunya Yahya membuka sebuah restoran bernama Sumatera Restoran tidak jauh daripada jeti ke Tanjung Lumpur di Main Road (Jalan Besar sekarang). Keistimewaan restoran Pak Harun ini ialah mee rebusnya (yang berlainan resepi dan rasanya dengan yang di Tong Fong) dan tehbeng yang khas rasanya. Sejak itu orang-orang Melayu kuranglah yang pergi ke Tong Fong. Restoran ini kekal terkenal dengan ikon mee rebusnya itu, hinggalah tahun 1980-an dibukanya pula satu lagi cawangan di Jalan Tun Ismail. Dalam bulan Ramadan menunya ditambah satu lagi iaitu martabak. Tidak berapa lama kemudian bukan sahaja restoran cawangan itu ditutup tetapi restoran asalnya turut lenyap. Khabarnya ini berlaku selepas Pak Harun dan Pak Yahya meninggal, sedangkan anak-anaknya tidak berjaya meneruskan perniagaan yang sangat berkembang itu, di samping ada yang berpindah ke tempat lain.

Saya mengenali anak-anak Pak Harun dan Pak Yahya, tetapi sekarang tidak dapat menemui mereka lagi. Terakhir saya menemui Kalthum, kawan sekelas, yang berkahwin dengan orang Singapura dan menetap di negara pulau itu. Kalthum agak nakal juga kerana dia berani menyergah guru bahasa Inggeris kami (kelas tambahan percuma di sebelah petang di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan yang kami tidak tahu siapa penganjur dan siapa pula yang membayar gaji master-master kami itu) iaitu Mr. KOK SWEE HONG yang tertidur di kerusinya semasa mengajar! Bangunan kedai Pak Yahya yang bernama Bangunan Yahya Ariff di Kawasan Perindustrian Tanah Putih juga telah berpindah milik, sempat dijadikan showroom Syarikat National sebelum digunakan dalam keadaannya sekarang.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Punca Kelewatan

“Proses memindahkan ibu negeri ini dikatakan mengambil masa yang cukup lama, yang meliputi tempoh pemerintahan 4 orang Sultan dan 16 orang Residen Inggeris. Tidaklah diketahui dengan pasti mengapa tempoh yang lama untuk satu usaha yang penting ini berlaku. Mungkinkah masalah kekurangan dana? Sebab yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja adalah kemungkinan masalah cita rasa dan kepentingan orang-orang atau kelompok tertentu yang mempunyai nilai nostalgik terhadap sesuatu bandar. Peristiwa yang berbangkit dan kemudiannya menjadi masalah politik dan sosial turut mempengaruhi kelewatan perpindahan ibu negeri Pahang ini.

Walaupun peperangan saudara yang berlaku tidak menuntut secara langsung perpindahan ibu negeri, tetapi kewujudan kuasa pembesar negeri selepas peperangan itu sedikit sebanyak mencorakkan citra politik negeri ini. Para pembesar kawasan yang ditetapkan, memerlukan masa untuk membuka langkah bukan sahaja bagi memakmurkan wilayah di bawah tadbiran mereka, malah mengukuhkan kedudukan mereka sendiri di kalangan anak buah dan rakyat di bawah tadbiran mereka.

Era pemerintahan Jepun mempunyai cirinya yang tersendiri dalam stail pemerintah. Pemerintah Jepun bukan sahaja tidak berminat untuk mewujudkan sistem desentralisasi peringkat negeri bahkan mereka telah mewujudkan sistem pemerintah yang sangat sentralisasi dengan memasukkan Singapura dan Sumatera di dalam Malaya demi mencapai hasrat politik peperangan mereka yang bercogankan Kemakmuran Asia Timur Raya. Undang-undang Darurat yang berlaku selepas campur tangan Inggeris di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu memang merupakan salah satu faktor penting yang mendorong pemerintah untuk tidak memikirkan langsung tentang perubahan ibu negeri. Namun begitu, kemerdekaan mampu mengubah semuanya ini; dan perubahan itu tentunya menghala ke arah kebaikan dan kesejahteraan penduduk sebuah penempatan yang bernama KUANTAN.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

Perihal Sumber Utama: Yaakub Isa

Yaakub Isa Perihal peribadi, menurut beliau sendiri: “KERJAYA: Bekas Pegawai Pendidikan. KARYA: Kamus Bahasa Melayu Klasik; Almanak Pendidikan; Guru Yang Efektif; Hukum Kanun Pahang; Idealisme dan Pemikiran Tun Razak; Raja Donai Bahtera Kulit Kacang. Menulis cerpen di samping membuat kajian tentang sejarah negeri Pahang, sejarah pendidikan, serta sejarah perkembangan bahasa Melayu, sastera dan budaya tradisional.”

(Sumber: Yaakub Isa, 17 Januari 2008: |"KUANTAN").

LATAR TOKOH: Yaakub Isa (1939-2019)

ibu_negeri.1728287116.txt.gz · Last modified: 2024/10/07 15:45 by sazli