User Tools

Site Tools


1940-kini

1940-kini: Era Jepun dan Selepasnya

1941-12-30: Kuantan Ditakluk Jepun

“Pada 8 hari bulan Disember 1941 kerajaan Jepun telah mengisytiharkan perang melawan kerajaan British dan Amerika Syarikat. Pada hari itu juga tentera Jepun telah mendarat di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu (dekat Kota Baharu Kelantan dan Patani) dan menyerang tentera British dan sekutunya di tanah besar Semenanjung Tanah Melayu. Dua hari kemudian, pada 10 hari bulan Disember 1941 dua buah kapal perang besar angkatan laut tentera British bernama Prince of Wales dan Repulse baharu datang ke Singapura untuk menambahkan kekuatan tentera laut British di sebelah timur, yang sedang dalam pelayarannya ke Laut Cina Selatan menuju ke utara hendak ke Teluk Siam, dan telah diserang oleh kapal terbang angkatan tentera udara Jepun di laut bersetentang dengan Kuantan (Pahang) hingga kedua buah kapal perang besar British yang dimegahkan itu tenggelam, dan sejak itu kekuatan tentera laut British di perairan sebelah timur telah lemah. Pada akhir tahun 1941 itu juga, satu pertempuran hebat telah berlaku di Kuantan (Pahang) di antara tentera Jepun dengan tentera British kerana merebut padang kapal terbang pihak tentera British yang ada di Kuantan. Tentera Jepun telah dapat menduduki Kuantan dan tentera British telah berundur, ada yang pulang ikut jalan raya pergi ke Kuala Lumpur, dan ada pula yang pergi ke Endau dan Mersing dan bertahan pula di situ. Sejak itu Pahang telah dikuasai oleh tentera Jepun.” (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s. 416).

“Pada 30 Disember 1942(1941?), Kuantan telah jatuh ke tangan askar Jepun yang menyerang Asia Tenggara semasa Perang Dunia Kedua. Pusat bandar lama iaitu di sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar masih menempatkan binaan-binaan era sebelum Perang Dunia Kedua, sementara kubu kecil yang dibina dalam menghadapi ancaman Jepun boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar Kuantan.” (Wikipedia: Kuantan).

Peta Kuantan 1942-1944

Kuantan 1942
Kiri: Kuantan, tahun 1942 (HMSO, 1957 @ Antiqua Print Gallery: |"Kuantan 1942. Malaya. Malaysia - 1957 - Old map - Antique map - Vintage map - Printed maps of Malaysia").
Kanan: Kuantan, tahun 1944 (Survey of India Offices (P.Z.O.), 1944 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Kuantan, Series: HIND 1076, Sheet 3 D, 1944, 1:253 440").

Peta Pelabuhan Kuala Kuantan 1944
Peta Pelabuhan Kuala Kuantan 1944 (Great Britain. War Office. General Staff. Geographical Section, 1944 @ University of Wisconsin Milwaukee: |"Kuantan, port and town, Malaya / compiled and drawn by Inter-Service Topographical Department").

1945-08-14: Jepun Menyerah, Sultan Dalam Persembunyian

“Pada 6 hari bulan Ogos 1945 tentera udara Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di bandar Hiroshima di negeri Jepun. Dua hari lepas itu, pada 9 hari bulan Ogos 1945 digugurkan pula bom di bandar Nagasaki, dan letupan kedua-dua bom atom itu telah membunuh dan mencederakan beratus-ratus ribu rakyat Jepun. Oleh sebab itu, pada 14 hari bulan Ogos 1945, Tenno Heika, Maharaja Jepun bagi pihak Kerajaan Jepun telah mengeluarkan surat pengakuan menyerah kalah kepada pihak Amerika Syarikat dan sekutunya, dan pengakuan ini telah diisytiharkan ke seluruh dunia pada 15 hari bulan Ogos 1945. … Pada 14 hari bulan Ogos 1945 itu juga, Sultan Abu Bakar Pahang telah dipersilakan oleh pegawai tinggi Jepun yang menjadi “Gabenor Pahang” datang ke Kuala Lipis untuk satu perjumpaan. Dalam perjumpaan yang telah diadakan di Kuala Lipis pada 15 hari bulan Ogos 1945 baginda telah mendengar ucapan “Gabenor Pahang” itu mengenai “Tindakan Tidak Bekerjasama” (non-co-operation) dan “Gabenor” itu telah menghadiahkan kepada baginda beberapa helai kain tetapi tidak sedikit pun pegawai Jepun itu membayangkan atau menceritakan mengenai kerajaan Jepun telah menyerah kalah itu. Pada 17 hari bulan Ogos 1945 Sultan Pahang bersama dengan Datuk Mahmud bin Mat telah berangkat dari Kuala Lipis hendak kembali ke Pekan. Di pertengahan jalan hampir dengan pekan Kuantan baginda telah berhenti kerana hendak mendengar siaran radio. Di situ, dengan tiba-tiba baginda telah “diculik” oleh sekumpulan beberapa orang askar Pasukan 136 yang lengkap bersenjata dan memakai pakaian seragam, seorang daripada ketua dalam kumpulan itu telah memberitahu baginda bahawa mereka menjalankan tindakan menurut perintah dari pihak berkuasa tentera British Asia Tenggara yang berpangkalan di Pulau Ceylon, kerana bimbangkan kalau baginda dibunuh atau dicederakan oleh askar Jepun di tempat terpencil di negeri Pahang itu. Baginda telah dibawa oleh askar Pasukan 136 itu ke tempat perkhemahan mereka yang terletak dalam hutan sejauh tiga batu dari jalan raya. Hampir tiga minggu lamanya baginda tinggal dalam hutan bersama lapan puluh orang Cina yang mencari perlindungan di negeri Pahang. Pada 8 hari bulan September 1945 baharulah baginda sampai di Pekan dan telah disambut oleh beribu-ribu orang Melayu rakyat baginda yang mengucapkan syukur di atas keselamatan baginda.” (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s.420, 422).

Sultan Abu Bakar
Sultan Abu Bakar (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s. 438).

Peta Negeri Pahang Tahun 1945

Kuantan Tahun 1950-an

Jalan Mahkota, Kuantan tahun 1950-an
Jalan Mahkota, Kuantan tahun 1950-an
Jalan Mahkota, Kuantan, tahun 1950-an (关丹 Kuantan @ Facebook, 6 Mei 2019: "關丹舊照片").

Peta Kuantan 1951

Peta Kuantan 1951
Peta Kuantan 1951. Kawasan konsesi lombong Pahang Consolidated Company ditandakan biru di sebelah utara (Malaya : Surveyor General, 1951 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Pahang 1951, Land Use, North-east Sheet, 1951, 1:253 440").

1952-05: Pemimpin Komunis Pahang Tumpas

“Setelah Wan Ali mati dan Wahi Anuar menyerah diri, pihak Parti Komunis Malaya telah menubuhkan satu pasukan campuran pengganas Cina dan Melayu di negeri Pahang diketuai oleh Manap Jepun. Pasukan Manap Jepun telah bertindak di daerah Kuantan, di pantai timur Pahang hingga ke sempadan Pahang dengan Terengganu. Penduduk di sempadan itu memang cukup kenal dengan nama Manap Jepun sebagai ketua pengganas yang gagah berani dan dikatakan juga kebal. Dua tahun lamanya Manap Jepun bermaharajalela melakukan keganasan di negeri Pahang. Pasukan Polis dan Askar Melayu pihak kerajaan tidak dapat menangkapnya. Tetapi akhirnya, dalam bulan Mei 1952 Manap Jepun telah dapat dibunuh oleh sepasukan askar Gurkha dalam hutan kira-kira dua puluh batu dari pekan Kuantan, mayatnya telah dibawa ke rumah sakit pekan Kuantan.” (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s. 435).

1955-08-27: Kuantan Sebagai Ibu Negeri Pahang

1901-1948: Usaha-Usaha Awal Pemindahan Ibu Negeri

Sejak Pahang diperintah di bawah sistem Residen British pada tahun 1889, Kuala Lipis telah dijadikan ibu negeri Pahang.


“Kuala Lipis in the late 1880s.”

Semenjak itu telah ada beberapa cadangan pemindahan ibu negeri:-

  • 1901: Cadangan-cadangan awal perpindahan ibu negeri dari Kuala Lipis, oleh kerana kesan banjir tahunan: “Proposals to transfer the administrative centre from Kuala Lipis were raised as early as 1901 as widespread inundation had become a recurring annual menace long before the severe 1926 devastation. Administrative officers began recommending the names of several towns as possible replacements.”
  • 1909-1920: Cadangan perpindahan ke Jerantut, pada mulanya tertunda oleh kerana menunggu penyiapan landasan kereta api, akhirnya terbengkalai: “In 1911, a committee was appointed to deliberate on a proposal made two years earlier by British Resident Edward Lewis Brockman for Jerantut to be considered but no conclusive resolutions on the matter were made. In 1912, Brockman's successor, Edward John Brewster, deferred the issue until the completion of the Pahang railway lines which was ongoing at that time. By the time rail service finally came to fruition in 1920, plans to shift the administrative centre were already swept under the carpet and became a distant memory.”
  • 1929: Berikutan banjir besar tahun 1926 yang telah menenggelamkan Kuala Lipis, pemangku Residen Pahang, C.F.J. Green mencadangkan pemindahan ibu negeri ke kawasan di antara Karak dan Mentakab (kawasan Hutan Simpan Kemasul kini). Namun sambutannya dingin: “It took a further nine years before the Acting British Resident C.F.J. Green made a recommendation in his 1929 memorandum to move the administrative centre to an area between Karak and Mentakab which was not only larger and allowed for future expansion, but was also not affected by the great floods of 1926. The proposal was circulated to all departmental heads but the feedback received wasn’t encouraging. Only two responded with one entirely opposed to the idea.”
  • 1929-1945: Isu pemindahan ibu negeri tertunda akibat krisis kemelesetan ekonomi, diikuti penaklukan Jepun: “A series of calamitous events that followed suit postponed the idea of leaving Kuala Lipis indefinitely. It began with the Great Depression which started after the October 1929 stock market crash on Wall Street. It sent investor confidence into a tailspin and wiped out millions of investment dollars. The contagion then began spreading across the globe and eventually reached the shores of Malaya. Lasting a decade, it became the worst economic downturn in the history of the industrialised world. All over the world, authorities initiated belt-tightening measures and avoidable public expenditure like changing administrative centres were out of the question. In Pahang, as well as all of Malaya, the slump began showing signs of abating by the tail end of the 1930s, but the ensuing Second World War and Japanese Occupation prolonged the suffering until peace returned in September 1945.”
  • Oktober 1948: Sekembalinya British setelah tamatnya perang dunia kedua, cadangan yang sama telah dikemukakan, namun masih tiada tindakan: “The return of the British brought about renewed attempts to find a new site for Pahang's administrative centre. A proposal was discussed during a State Council meeting in October 1948 but, yet again, nothing concrete came of it.”

(Sumber: Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1953-03-02: Pemilihan Kuantan

Akhirnya pada 2 Mac 1953, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memindahkan ibu negeri Pahang ke Kuantan. Latar peristiwa:-

“Pada tahun 1952 Kerajaan Persekutuan meluluskan satu peruntukan yang agak besar untuk membina rumah kediaman bagi pegawai kerajaan di Pahang. Kerajaan negeri pula menghadapi masalah mendapatkan tanah di Kuala Lipis untuk projek ini; kalau ada pun terpaksa melaksanakan kerja-kerja tanah iaitu mengorek bukit dan menambun lembah yang tentunya memakan biaya yang cukup besar.

Ekoran daripada masalah ini, timbullah pula sekali lagi cadangan untuk memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis dan kali ini perhatian tertumpu kepada dua lokasi baru iaitu kawasan sepanjang jalan Mentakab-Temerloh dan Kuantan.

Lokasi pertama dikatakan sesuai kerana terletak di tengah-tengah negeri di samping boleh dihubungi melalui jalan kereta api; meskipun terpaksa pula menyelesaikan isu tanah yang berbukit-bukau yang tentunya menambahkan kos penyelenggaraan.

Kuantan pula dikatakan lebih ideal sebagai ibu negeri kerana:

(a) Mempunyai kawasan tanah datar yang luas, tidak terlalu berbukit-bukau;
(b) Tidak terlibat sangat dengan banjir;
© Bandar ini sahajalah yang mempunyai lapangan terbang di negeri Pahang;
(d) Kedudukannya yang tidak berapa jauh dari bandar diraja Pekan;
(e) Terdapat pantai yang indah yang boleh dijadikan pusat tarikan pelancong;
(f) Kuantan juga merupakan satu-satunya bandar di Pahang yang mempunyai pelabuhan dan ada perkhidmatan kapal yang menghubungi bandar ini dengan Singapura.

Terdapat dua buah kapal penumpang yang berulang-alik Kuantan-Singapura iaitu Resang dan Renggam. Jemaah haji dari Pahang Timur dan kawasan sekitarnya menggunakan kapal inilah untuk ke Singapura dan seterusnya ke Mekah menggunakan kapal Ansun dan Bunga Raya.

Maka terpilihlah Kuantan menjadi ibu negeri Pahang yang baru. Keputusan muktamat memindahkan ibu negeri dari Kuala Lipis ke Kuantan hanya dicapai pada 2 Mac 1953.”

(Sumber: Yaakub Isa / Abdullah Affan @ kuantanloka, August 19, 2020: |"Bila Dan Kenapa Kuantan Dipilih Sebagai Ibu Negeri Pahang").

Sumber lain:-

“Matters came to a head in 1952 when the Federal Government approved a substantial allocation for the construction of government servant quarters in Pahang. During a meeting, the State engineer pointed out that it was difficult to find suitable land for this purpose in Kuala Lipis. … Realising that a decision had to be made, the Pahang government began putting thought to two shortlisted sites — the Termeloh-Mentakab area and Kuantan. Although the former was superior in terms of its location in the centre of the state and easily accessible by railway, it was the latter that garnered the most votes. Kuantan had a larger land bank that was flat and easier to develop as well as a seemingly unlimited amount of water supply. Coupled with its proximity to the royal town of Pekan and its claim to the only airport in the entire state, Kuantan was definitely the clear favourite.” (Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

1955-08-27: Perasmian Kuantan Sebagai Ibu Negeri

Latar peristiwa perasmian Kuantan sebagai ibu negeri Pahang yang baharu, lebih 2 tahun kemudiannya (27 Ogos 1955):-

“Meskipun keputusan muktamad telah dibuat, masih ada lagi halangan untuk urusan selanjutnya. Masalah yang besar ialah menunggukan keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang yang lebih mengizinkan.

Masalah kedua pula ialah pada masa itu kerajaan terpaksa juga menumpukan kepada usaha memerangi pengganas komunis di hutan Pahang yang memakan banyak belanja.

Tunku Tan Sri Dato’ Shahriman bin Tunku Sulaiman dalam sebuah rencana yang disiarkan dalam Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Jilid LXXVI Part 2 Disember 2003 memberikan kredit khas kepada kedua-dua tokoh yang telah bersunguh-sungguh berusaha memindahkan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan, iaitu Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni al-Marhum Sultan Ahmad dan Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
….
Ibu negeri Pahang telah dipindahkan secara rasmi ke Kuantan pada hari Sabtu 27 Ogos 1955. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin al-Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah.

Perayaan selama dua hari dua malam berturut-turut telah diadakan di sekitar bandar yang diisi dengan persembahan kebudayaan, sukan (termasuk sukan air) di Sungai Kuantan dan perarakan kereta berhias pada sebelah malamnya.”

(Sumber: Yaakub Isa / Abdullah Affan @ kuantanloka, August 19, 2020: |"Bila Dan Kenapa Kuantan Dipilih Sebagai Ibu Negeri Pahang").

Sumber lain:-

“The final decision to move from Kuala Lipis to Kuantan was made on March 2, 1953. Soon after, however, obstacles began to surface even though the decision was already made. There was strong opposition from state officers as well as their counterparts in the Federal Government to make the Temerloh-Mentakab area the state capital and develop Kuantan, which was renowned for its natural beauty and pristine beaches facing the South China Sea, as a major tourist destination.

The opposing faction finally gave in when Menteri Besar Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad ibni Al-Marhum Sultan Ahmad who was aided by the efficient Acting State Secretary, Orang Kaya Indera Shahbandar Dato’ Abdul Razak Hussein (later Tun) managed to proceed with the transfer.

Just two years later, Abdul Razak succeeded Tengku Muhammad as the third Menteri Besar of Pahang and then went on to become second Prime Minister of Malaysia in 1970.

Finally, after more than half a century, Kuantan was officially declared the state administrative by the Pahang ruler, Sultan Abu Bakar on Aug 27, 1955. The momentous event was celebrated with pomp and pageantry for two consecutive days. Relief could definitely be sensed as the transfer had taken so long that during the duration, Pahang had come under the reigns of four sultans and experienced the administration of 16 British Residents!”

(Sumber: Alan Teh Leam Seng @ New Straits Times, May 5, 2019: |"Tracing Pahang's three capitals").

Kesan Perpindahan

Kesan-kesan perpindahan ibu negeri terhadap demografi dan sosio-budaya Kuantan:-

“Dengan perpindahan ibu negeri ini turutlah berpindah pegawai dan kakitangan kerajaan serta kaum keluarga mereka dari Kuala Lipis dan Raub (Pejabat Pelajaran Negeri Pahang dan beberapa pejabat kerajaan lain terletak di Raub) ke Kuantan.

Pada masa itu kawasan perumahan pegawai kerajaan yang dikenali sebagai Transit Quarters telah siap untuk diduduki.

Bagi kebanyakan penduduk asal Kuantan, kedatangan penghuni baru ke bandar ini turut membawa kejutan, baik dalam bentuk sosial, ekonomi mahupun lingusitik.

Kalau dahulunya loghat yang dituturkan oleh penduduk Kuantan merupakan campuran loghat Riau-Johor yang dipengaruhi oleh loghat Terengganu, kini wujud pula fenomena loghat baru yang dibawa oleh orang-orang Lipis dan Raub. Bidang ekonomi juga banyak yang berubah.

Harga barangan pengguna melambung, terutamanya ikan dan sayur-sayuran. Sewa rumah kediaman pun demikian juga. Ikan aya (ikan kayu) yang dahulunya tidak begitu digemari oleh orang-orang Kuantan dan Pekan kerana kononnya boleh menyebabkan gatal tubuh badan, sehingga harganya berada di bawah 10 sen sekati.

Dengan ketibaan saudara-saudara dari ‘kawasan ulu Pahang’ ini harganya turut meningkat, meskipun tidaklah sebanding harga ikan tenggiri.

Penjualan ikan yang dahulunya dibuat dalam bentuk ‘secocok’ dan ‘segugus’ (bagi ikan kecil seperti kembung, selar, kerisi dan sebagainya) atau ‘seekor’, ‘sebelah’, ‘sekarat belah’ (bagi ikan besar seperti tenggiri, gerung, jemuduk, senangin dan sebagainya) kini ditetapkan mengikut timbangan kati dan tahil. Harga daging dan ayam-itik juga turut naik.

Mengatasi masalah pengangkutan pada masa itu, Majlis Bandaran Kuantan mula mengadakan perkhidmatan bas bandar di bawah nama Kuantan Town Bus. Bas yang digunakan ialah bas yang bersaiz pendek, yang boleh bermuat sekitar 20 orang sahaja.

Harga tiketnya juga relatif murah – di antara 5 sen hingga 15 sen. Ramailah penduduk Kuantan pada masa itu yang ingin untuk merasa menaiki bas ini dengan hanya bersiar-siar di sekitar bandar kecil ini!”

(Sumber: Yaakub Isa / Abdullah Affan @ kuantanloka, August 19, 2020: |"Bila Dan Kenapa Kuantan Dipilih Sebagai Ibu Negeri Pahang").

“Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang yang asalnya di Kuala Lipis sepanjang era residensi British telah dipindahkan ke Kuantan, dan kepentingan bandar ini dari segi pentadbiran semakin meningkat. Setelah Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 (Malaysia terbentuk sebagai satu persekutuan dalam tahun 1963), Kuantan terus berkembang sebagai pusat komersial dan perusahaan yang penting. Kerajaan negeri dan Persekutuan membangunkan Kuantan dengan memberikan tumpuan kepada sektor pentadbiran, industri, pertanian dan pelancongan.” (Wikipedia: Kuantan).

Peta Daerah Kuantan: 1960-an

Peta sekitar Kuantan, 1963Peta Daerah-Daerah Pahang, 1960-an
Kiri: Peta sekitar Kuantan, 1963 (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").
Kanan: Peta daerah-daerah Pahang, 1960-an: “Pahang: Administrative Divisions” (Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 2-3).

Peta sekitar daerah Kuantan, tahun 1966
Peta sekitar daerah Kuantan, tahun 1966 (D. Survey, Ministry of Defence, United Kingdom, 1966 @ Open Research Library, Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L5010, Sheet NA 48-1, 1966, 1:250 000").

1961-1962: Suasana di Kuantan

Kuantan

Chinese funeral, Kuantan, roast pigsChinese funeral, KuantanChinese funeral, Kuantan
Chinese funeral, KuantanChinese funeral, Kuantan
“Chinese funeral, Kuantan”

Tanjung Lumpur

New fishing boat, Kampung Tanjung LumpurReturn of fishing boats, Kampung Tanjung LumpurVillagers, Kampung Tanjung Lumpur
Kiri: “New fishing boat, Kampung Tanjung Lumpur”
Tengah: “Return of fishing boats, Kampung Tanjung Lumpur”
Kanan: “Villagers, Kampung Tanjung Lumpur”

Teluk Cempedak

Chempedak Beach, KuantanChempedak Beach, Kuantan
“Chempedak Beach, Kuantan”

“These photos of Malaya from John Laurie were taken by Neil Cranston Laurie and Olwen Francis Laurie in 1961 and 1962 when Neil was working from Mentakab and Kuala Lumpur as a Colombo Plan surveyor.”

(Sumber: Vintage Every Day, April 27, 2018: |"Everyday Life of Malaya in the Early 1960s Through a Surveyor's Lens").

1969-12-26: Mat Kilau Muncul Semula

“Pada akhir bulan Disember 1969, seorang tua yang telah beberapa lama memakai nama Muhammad Din bin Ibrahim dan berbagai nama lagi, dan digelar juga Mat Siam, tinggal di Kampung Batu Lima, Jalan Gambang-Kuantan, Pahang, telah dibawa oleh cucunya datang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang, dan katanya di situlah kampung asalnya.

Pada hari jumaat, 26 hari bulan Disember 1969, beliau telah dibawa oleh keluarganya ke masjid di Kampung Pulau Tawar itu kerana hendak sembahyang Jumaat. Sejurus sebelum sembahyang Jumaat, di hadapan orang-orang kampung itu yang hendak menunaikan fardu Jumaat, orang tua yang selama itu disebut “Mat Siam” itu telah memberitahu kepada orang ramai dalam masjid itu mengatakan bahawa dialah yang sebenarnya Mat Kilau anak Tok Gajah (Rasu) yang telah berperang menentang campur tangan British dalam pemerintahan di negeri Pahang dari tahun 1891-1895 dahulu dan sekarang beliau telah berumur 122 tahun sambil menunjukkan tanda atau parut di badannya sebagai bukti.

Berita pengumuman “Mat Siam” yang mengakui dirinya Mat Kilau itu telah ditulis oleh Haji Alang Ahmad pemberita suratkhabar Utusan Melayu di Temerloh, dan esoknya pada hari Sabtu, 27 hari bulan Disember 1969, berita itu pun tersiar dalam suratkhabar Utusan Melayu yang terbit di Kuala Lumpur dan telah tersebar luas ke seluruh Malaysia dan Singapura.

Sejak itu suratkhabar berbahasa Melayu di Malaysia telah melaporkan mengenai berita yang luar biasa itu dan telah menarik perhatian orang ramai di seluruh Malaysia dan Singapura terutama orang-orang Melayu. Orang awam, ahli-ahli dan peminat sejarah Tanah Melayu, khasnya sejarah Pahang, serta orang-orang besar Melayu juga, terutama penulis dan pemberita suratkhabar, telah datang menziarahi beliau di Pulau Tawar dan di rumah beliau di Batu Lima Jalan Gambang-Kuantan. Pendapat dan ulasan yang menyetujui atau yang mempercayai pengakuan Mat Siam itu, telah tersiar dalam suratkhabar hampir setiap minggu selama lebih kurang dua bulan. Dalam pada itu ada juga sebilangan kecil orang yang belum dapat mempercayai pengakuan itu, kerana mereka lebih percaya mengatakan Mat Kilau sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 1895-1896 dahulu.

Oleh sebab pengakuan luar biasa itu telah menarik perhatian ramai di seluruh Malaysia dan Singapura terutama kepada orang Melayu yang merasa megah akan perjuangan pahlawan mereka pada masa yang silam, pada 8 hari bulan Januari 1970, kerajaan Pahang telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang ditugaskan menyiasat pengakuan “Mat Siam” yang mengatakan ianya Mat Kilau anak Tok Gajah pahlawan Melayu Pahang yang terbilang itu. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Haji Abdul Aziz bin Ahmad, seorang daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, dan ahli jawatankuasa itu terdiri daripada Encik Zakaria bin Hitam (Setiausaha), Encik Ibrahim bin Arshad, Kapten Muhammad Ali bin Muhammad, Encik Abdul Razak bin Hitam, dan Encik Ash'ari bin Haji Ya'akub.

Ahli Jawatankuasa itu telah menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka untuk menyiasat hal itu. Akhirnya pada 8 hari bulan Julai 1970, Jawatankuasa itu telah menyerahkan laporan mengenai penyiasatan itu kepada kerajaan Pahang. Setelah kerajaan Pahang mengkaji laporan Jawatankuasa itu, dan setelah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang, dengan persetujuan Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar Riayatuddin Shah), pada 6 hari bulan Ogos 1970, Tan Sri Haji Yahya bin Muhammad Seh, Menteri Besar Pahang, bagi pihak kerajaan Pahang, telah mengisytiharkan bahawa orang tua yang tinggal di Kampung Batu Lima, Jalan Gambbang-Kuantan, Pahang, yang selama ini memakai nama Muhammad bin Ibrahim atau Muhammad Din bin Ibrahim atau Mat Siam itu sebenamya beliaulah Mat Kilau anak Tok Gajah, pahlawan Pahang yang terbilang pada akhir kurun masihi yang ke-19 dahulu.

Selain daripada mengandungi keterangan yang mengisahkan bahawa “Mat Siam” itulah Mat Kilau, laporan jawatankuasa itu menerangkan juga beberapa riwayat berhubung dengan perjuangan Mat Kilau dengan rakan seperjuangannya menentang British dahulu, dan laporan itu telah menambahkan lagi keterangan Sejarah Pahang yang telah disebutkan dalam buku ini.

Sepuluh hari selepas diisytiharkan bahawa Mat Siam itu sebenarnya Mat Kilau, pada pagi hari Ahad, 16 hari bulan Ogos 1970, Mat Kilau telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu Lima, Jalan Gambang-Kuantan, dalam usia lebih kurang 122 tahun.1 Pada petang hari itu juga jenazah Allahyarham itu telah dikebumikan di perkuburan Kampung Kedondong, dekat kubur ibunya (Teh Mahada), tiada berapa jauh dari kampung asalnya Pulau Tawar, Pahang, dengan upacara penuh kehormatan negeri. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kuala Lumpur telah menghantarkan ucapan takziah kepada isteri dan kaum keluarga Allahyarham itu. Dalam satu kenyataannya, Tun Abdul Razak telah mengatakan, nama Mat Kilau akan tetap kekal dalam sejarah negara sebagai pahlawan yang menentang penjajahan. Semangat Mat Kilau bukan sahaja menjadi satu tauladan tetapi juga satu unsur ilham rakyat menghadapi masalah masa depan bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.”

Mat Kilau, 1969
Mat Kilau, 1969.

(Sumber: Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), 440-443).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

1940-kini.txt · Last modified: 2023/06/16 08:47 by sazli