User Tools

Site Tools


purbakala

8,000 SM - 1400-an: Sejarah Purbakala

8,000 - 2,000 SM: Zaman Batu Pertengahan

“Sejak tahun 1977, beberapa orang ahli kajipurba telah menjalankan penyiasatan dengan membuat beberapa penggalian tanah secara ilmiah di beberapa buah tempat di Pahang (dan negeri lain juga), iaitu di gua batu di gunung-ganang, di tempat berhampiran dengan sungai, di tanah perlombongan lama dan juga di tempat lapang yang dipercayai di situ ada tertanam barang peninggalan zaman dahulu kala. … Dalam penyiasatan yang telah dibuat, mereka telah menjumpai banyak benda dan perkakas yang tertentu dan diperbuat daripada batu, tembikar, gangsa dan besi-kuno buatan orang zaman purbakala, dan di beberapa buah tempat di Pahang terutama di gua batu yang disebut Kota Tongkat, Kota Gelanggi dekat Pulau Tawar, di Gua Kecil dekat Raub, di Gunung Senyum, di Bukit Cintamanis dekat Karak, di Sungai Lembing, di Tersang di tepi Sungai Lipis, di Sungai Selinsing, di Sungai Tui, di tepi Sungai Tembeling di tempat yang bernama Nyong, Teluk Lubuk, Batu Pasir Garam, Bukit Jong dan di Kampung Pagi di persimpangan Sungai Tembeling dengan Sungai Pengau, di lombong emas Tui, di Hulu Tanum atau Hulu Jelai, di daerah Kuantan dan di beberapa buah tempat sepanjang Sungai Pahang. … Berdasarkan kepada benda dan perkakas serta kesan yang telah dijumpai itu, ahli kajipurba telah mengatakan: manusia Zaman Batu Pertengahan yang telah bermastautin di Pahang (dan juga negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu) tinggal di gua batu dan di bawah guguk di kawasan pergunungan negeri itu. Ahli kajimanusia dan ahli sejarah pula berpendapat: mereka adalah kumpulan manusia yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu dari tanah besar benua Asia dalam lingkungan dari tahun 8,000 hingga tahun 2,000 sebelum tahun masihi. Tetapi manusia Zaman Batu Pertengahan itu telah meninggalkan Semenanjung Tanah Melayu dan berpindah ke timur iaitu di pulau-pulau Lautan Pasifik. Ahli kajimanusia mengagakkan mereka itulah nenek-moyang kepada rumpun bangsa Melanesia yang mendiami Pulau New Caledonia dan Pulau Papua (Irian Barat dan New Guinea).” (Haji Buyong bin Adil, 1972: |"Sejarah Pahang" (PDF), m.s. 27).

FIGURE 9 ARCHAEOLOGICAL DISCOVERIES IN PAHANG
“FIGURE 9 ARCHAEOLOGICAL DISCOVERIES IN PAHANG”

“Many thousands of years have elapsed since man first entered Pahang, and many small groups may have passed through or perished without leaving any evidence, but the conviction which emerges from a study of the published evidence is that this was a sparsely settled land until very recent times. Archaeology provides evidence about four cultural groups which entered Pahang from the north prior to the present millenium. Two of these groups were stone-age settlers and two appear to have been expatriate miners who brought with them a metal culture from their more civilized homelands to the north of the Peninsula (fig. 1). The first to leave evidence of their existence were a people who were known as Hoabhinians after the locality in Tonkin where their artifacts were first identified. They arrived in Malaya some time between the fifth and second milleniums B.C. and entered Pahang via the interior routeways from Kelantan (fig. g). These settlers were essentially a hunting and gathering people who used flaked stone implements and lived in limestone caves and rock shelters. It seems that they were unfamiliar with any form of agriculture and lacked both the inclination and the equipment to clear the forest. At any given time their numbers might be reckoned in tens rather than hundreds and there is no evidence that they moved further into Pahang than the limestone areas in the vicinity of Bentong, near the middle Pahang River, and inland from Kuantan.”

(Sumber: Dr. R.G. Cant, 1973: |"An Historical Geography of Pahang" (PDF), m.s. 15-16).

1000-1400-an: Di Bawah Empayar-Empayar

“Kuantan in the first century was a part of Chih-Tu empire. In the 11th century, this piece of land was conquered by another small empire called Pheng-Kheng before being taken over by the Siamese during the 12th century. During the 15th century, Kuantan was ruled by the Malacca Empire.” (Wikipedia: Kuantan.

Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

purbakala.txt · Last modified: 2022/07/05 14:18 by sazli