Jadual Kandungan

Bukit Galing

“Bukit Galing, Kuantan ⛰ Ketinggian: 296 M : Bukit Galing merupakan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai yang terdiri daripada warga tempatan mahupun warga asing. Proses pendakian mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke puncak yang tertinggi. Untuk sampai ke puncak Bukit Galing iaitu setinggi 296 meter, para pengunjung perlu berhadapan dengan kawasan yang curam semasa menaiki & menuruni bukit. Pemandangan yang boleh dilihat dari sekitar puncak Bukit Galing ialah pemandangan Bandar Kuantan yang sangat menarik.” (Pengembara Kampung @ trip.com: |"Hiking di Bukit Galing").

“Puncak Bukit Galing is a popular hiking destination located in Kuantan. There are several trailheads to choose from, but one of the most common starting points is the parking lot next to Jalan Haji Ahmad. The trail passes by Bukit Sekilau before reaching the summit of Bukit Galing. Hikers need to obtain a permit from Kuantan Forestry before starting the hike. Along the trail, there are several places of interest, including Sekilau Fall, a British-era dam from 1941, and the Bukit Galing Peak Viewpoint. The trail features a lot of up and down hill sections, so it's important to come prepared with proper hiking gear and plenty of water. As you climb towards the summit, you'll be rewarded with a breathtaking view of Kuantan city and the South China Sea. However, hikers should be careful as the trail can be slippery, especially during rainy seasons.” (Alltrails: |"Puncak Bukit Galing").

Peta Bukit Galing 1891

Peta Bukit Galing 1891
Kemungkinan “Bukit Galian” yang ditandakan hijau di dalam peta tahun 1891 ini adalah Bukit Galing: “Map covers part of eastern Malaya showing Trengganu, part of Kelantan, part of Pahang, coastline fronting (South) China Sea, islands, approximate state boundaries, tracks, place names, kampongs, rivers, streams, hill hachures, locations with tin or gold, “tin countries”, Penjum with gold location, Gold Company at Raub, (London) Pahang Syndicate at a gold location, (Kuala) Trengganu, Pekan, Kota Glanggi (limestone caves), Gonong Tahan, Sungei Kuantan, Sungei Pahang, Sungei Jalai (Jelai), Sungei Tembeling, Sungei Telang, Sungei Lipis, Sungei Semantan, Sungei Bilut, Sungei Bentong, Sungei Kelantan, descriptions “Uninhabited (except by Jakuns)”, “Inhabited by Sakai & Semang”, “All the country above the S. Tembeling and west of the Pahang and Jelei Rivers from above Triang first explored by William Cameron, 1882” and others.” (Royal Geographical Society, London, 1891: |"Map Of The Malay Peninsula 1891").

Peta Bukit Galing 1898

Peta Bukit Galing, 1898
Kemungkinan “Bukit Galian” yang ditandakan hijau di dalam peta tahun 1898 ini adalah Bukit Galing (John van Cuylenburg, 1898 @ Geographicus: |"1898 Cuylenburg / Stanford Map of Malaya Peninsula: Malaysia, Singapore, Siam").

1906-08-01: Pewartaan Hutan Simpan Bukit Galing

LIST OF FOREST RESERVES IN THE COUNTRY IN CHRONOLOGICAL ORDER
OF ESTABLISHMENT
Hutan Simpan Bukit Galing diwartakan pada 1 Ogos 1906, bersekali dengan Hutan Simpan Bukit Kuantan, dan merupakan antara hutan simpan terawal di Tanah Melayu: “LIST OF FOREST RESERVES IN THE COUNTRY IN CHRONOLOGICAL ORDER OF ESTABLISHMENT ….. 1906, Aug. 1: Bukit Galing and Bukit Kuantan, Pahang” (Lee Merriam (M.) Talbot & Martha H. Talbot @ IUCN, 1968: |"Conservation in tropical South East Asia : proceedings of the Conference on Conservation of Nature and Natural Resources in Tropical East Asia, Bangkok, Thailand, November 29 - December 4, 1965").

1907-12-20: Denai ke Bukit Goh

“In the Malayan Forester, a new quarterly of the Forestry Department, Mr. A. E. Sanger-Davies gives some interesting reminiscences of early days on the East Coast (1907-1910). In the course of his narration he says: … Hummel, my Deputy Conservator of Forests, first showed up on Dec. 19, coming down the river from Kuala Lipis in his houseboat, and the next day we went out to inspect the path which had been made on contract from Bukit Galing to Bukit Goh, a distance of 7 to 8 miles. It was raining when we started, a proper North East monsoon downpour over an inch an hour, and carried on the whole time. All the low lying parts of the reserve were under water and it was no use trying to keep dry. We both took headers off the titi which were floating in all directions and at last got to Bukit Goh at 2 p.m., and back in an open sampan to Kuantan making a record trip down the flooded stream. Hummel was not at all pleased with the path or the trip, but cheered up later at the Club.” (The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser, 12 September 1931, Page 12: "THE EAST COAST TWENTY YEARS AGO").

Peta Bukit Galing 1928

Peta Bukit Galing 1928Salinan Peta Bukit Galing 1928
Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta tahun 1928. Ketika ini ia masih bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Goh, di sebelah utaranya.
Kiri: Peta asal (Survey Department, Singapore; 测量局; Singapore. Survey Department, 1928: |"Pahang,1928").
Kanan: Peta salinan tahun 1942-1943: “Copied from a map published by the F. M. S. & S. S. Survey dept. 1928.” (Great Britain. War Office. General Staff. Geographical Section, 1942-1943: |"Pahang, 1928").

Peta Bukit Galing 1944

Peta Bukit Galing 1944
Bukit Galing, ditandakan hijau berhampiran “Kampung Galing Besar”, pada peta tahun 1944. Ketika ini ia masih bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Goh, di sebelah utaranya (Survey of India Offices (P.Z.O.), 1944 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Kuantan, Series: HIND 1076, Sheet 3 D, 1944, 1:253 440").

Peta Bukit Galing 1951

Peta Bukit Galing 1951Peta Bukit Galing kini
Kiri: Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta tahun 1951. Ketika ini ia masih bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Goh, di sebelah utaranya (Malaya : Surveyor General, 1951 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Pahang 1951, Land Use, North-east Sheet, 1951, 1:253 440").
Kanan: Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta kini (Mapcarta).

Peta Bukit Galing 1951
Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta tahun 1951. Ketika ini ia masih bersambung dengan Hutan Simpan Bukit Goh, di sebelah utaranya (Malaya : Surveyor General, 1951 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Pahang 1951, Land Use, North-east Sheet, 1951, 1:253 440").

Peta Hutan Simpan Bukit Galing 1963

Peta Bukit Galing 1963Peta Bukit Galing kini
Kiri: Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta tahun 1963. Keseluruhan kawasan hutan simpannya, ditandakan hijau tua (secara kasar) (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").
Kanan: Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta kini. Sempadan asal Hutan Simpan Bukit Galing ditandakan hijau tua (secara kasar) (Mapcarta).

Peta Hutan Simpan Bukit Galing 1963
Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta tahun 1963. Keseluruhan kawasan hutan simpannya, ditandakan hijau tua (secara kasar) (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").

Peta Hutan Simpan Bukit Galing 1966

Peta Hutan Simpan Bukit Galing 1966
Bukit Galing, ditandakan hijau muda secara kasar pada peta tahun 1966. Di hujung bahagian selatannya wujud kegiatan perlombongan (IX), tanaman getah (3G), dan perkebunan campur (2H). Sempadan asal Hutan Simpan Bukit Galing ditandakan hijau tua secara kasar di sebelah utaranya, sebahagian besarnya masih hutan belantara (ditandakan sebagai 7F): “Butir2 di-dapati daripada tafsiran gambarfoto udara 1:25,000 yang di-ambil dalam tahun 1966.” (Director of National Mapping, Malaysia, 1971 @ EUROPEAN SOIL DATA CENTRE (ESDAC), European Commission: |"Present Land Use. Pahang" (North); |"Present Land Use. Pahang" (South)).

1975: Pewartaan Hutan Dara Bukit Galing

Pewartaan Hutan Dara Bukit Goh (petak merah - 1960), diikuti pewartaan Hutan Dara Bukit Galing (petak hijau - 1975)
Pada tahun 1975, sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Galing (di sebelah selatan) diwartakan semula sebagai Hutan Simpanan Hutan Dara (Virgin Jungle Reserve / VJR) (petak hijau). Bukit Goh (di sebelah utara Hutan Simpan Bukit Galing) turut diwartakan Hutan Simpanan Hutan Dara pada tahun 1960 (petak merah), namun kini telah dinyahwartakan. (R. K. Laidlaw @ The Journal of Tropical Forest Science (JTFS), Volume 11 No. 1, 1999: |"HISTORY OF THE VIRGIN JUNGLE RESERVES (VJRs) OF PENINSULAR MALAYSIA (1947-1992)", m.s.21).

Latar Pewartaan Hutan Simpanan Hutan Dara: “Hutan Simpanan Hutan Dara adalah tompok yang dilindungi (2-2747 ha) daripada hutan asli dalam satu sistem hutan yang diuruskan untuk balak. Rangkaian VJRs di Semenanjung Malaysia telah wujud sejak 1947 dan sehingga tahun 1992, 109 kawasan telah diisytiharkan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 79 VJRs masih wujud, 30 dicukai dan 11 VJRs dicadangkan. Rangkaian ini memainkan peranan penting dalam pemuliharaan biodiversiti dan pengurusan hutan di mana ia dapat meningkatkan tumbuh-tumbuhan dan komuniti mamalia tertentu. Rangkaian VJRs dapat diwujudkan di mana-mana negara yang mempunyai kedua-dua sumber asli (iaitu hutan) dan infrastruktur (iaitu sebuah jabatan Perhutanan) untuk menyokong sistem ini. Disyorkan supaya rangkaian VJR di Semenanjung Malaysia dapat dikembangkan dan dimantau serta diuruskan dengan baik. Di samping itu, VJRs yang baru ditempatkan secara berpusat di dalam Hutan Simpan (yang pentingnya ia mestilah memenuhi sekurang-kurangnya satu kompatmen dan saiznya tidak kurang daripada 259 ha) memandangkan dalam tahun 1992 hanya 22% daripada hutan simpan mengandungi VJRs, 63% daripada VJRs ditempatkan di hujung hutan simpan, dan hanya 0.5 % daripada Hutan Simpanan Kekal disertakan dalam VJRs yang masih wujud dan VJRs yang dicadangkan. … Definition of VJRs: The classic Virgin Jungle Reserve (VJR) is a small, undisturbed, sample of natural forest located in commercially productive forest (Wyatt-Smith 1950). A network of these areas was initially set up in Peninsular Malaysia and later the system was extended to Sabah, but not to Sarawak.”

(Sumber: R. K. Laidlaw @ The Journal of Tropical Forest Science (JTFS), Volume 11 No. 1, 1999: |"HISTORY OF THE VIRGIN JUNGLE RESERVES (VJRs) OF PENINSULAR MALAYSIA (1947-1992)", m.s.111-112).

1985-01: Kampus Sementara ITM Pahang

Kampus sementara ITM Pahang dibuka pada Januari 1985. Ia terletak berhampiran kaki Bukit Sekilau / Bukit Galing, di sebelah selatannya: “Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang yang nama asalnya Institut Teknologi MARA (ITM) pada awalnya terletak di Kuantan yang dikenali sebagai Kampus Kota Kuantan. Ini kerana projek penubuhan ITM di Bandar Jengka terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh faktor kewangan, kesulitan mendapatkan pensyarah sambilan, kekurangan kemudahan infrastuktur dan persekitaran kurang kondusif. Ia merupakan kampus sementara yang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di Teluk Sisek, Padang Lalang dan Bukit Sekilau dengan enam orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan pentadbiran. Pada awalnya hanya terdapat tiga program pengajian dijalankan iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Pengurusan Bank dengan seramai 225 orang pelajar. Namun demikian pada tahun 1986, sebanyak enam lagi program pengajian ditambah iaitu Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Sains Komputer, Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Sains, Diploma Pengurusan Ladang dan Pra-Kejuruteraan yang menjadikan jumlah pelajar seramai 1143. Pada ketika itu, terdapat 55 kakitangan akademik, 44 orang kakitangan pentadbiran dan 35 kakitangan pekerja harian di kampus cawangan ini. Pada tahun 1993, setelah Kampus Jengka mula beroperasi hanya tinggal 12 orang kakitangan akademik dan 26 orang kakitangan pentadbiran bertugas di Kampus Kuantan.” (UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, 2020: |"ABOUT UiTM PAHANG").

Peta lokasi tapak ITM Bukit Sekilau (ditanda dengan bulatan merah)
Peta lokasi tapak ITM Bukit Sekilau (ditanda dengan bulatan merah):-
Kiri: Tahun 1963 (22 tahun sebelum UiTM Kampus Bukit Sekilau dibuka) (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").
Kanan: Kini (Kolej Yayasan Pahang (KYP) Kampus Bukit Sekilau) (Google Maps).

Sekitar ITM Bukit Sekilau, Mac 1987Sekitar ITM Bukit Sekilau, Februari 2013
Kiri: Sekitar ITM Bukit Sekilau, Mac 1987
Kanan: Sekitar ITM Bukit Sekilau, Februari 2013

(Sumber gambar: KUANTAN @ Facebook, 8 April 2020: "ITM Bukit Sekilau - 1987 / 2013").

1988: Pembinaan Taman Pertanian Pahang

Pada tahun 1988, Taman Pertanian Pahang mula dibina di sebahagian Hutan Simpan Bukit Galing seluas 95.2 hektar di sebelah utara Bandar Indera Mahkota. Ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991 sebagai Taman Pertanian Indera Mahkota, dan dirasmikan pada tahun 1999 sebagai Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah: “Dan er… berkaitan dengan Taman Pertanian Indera Mahkota ini, ianya adalah merupakan er… satu kawasan yang seluas 95.2 hektar yang er… sebelum ini dinamakan sebagai Taman Pertanian Pahang er… di Indera Mahkota yang telah pun diwujudkan atas tanah Kerajaan Negeri yang terletak dalam Hutan Simpan Kekal Bukit Galing dan dibangunkan dalam tahun 1988 sebagai muzium tanaman dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1991 sebagai Taman Pertanian Indera Mahkota. Kemudiannya er… Taman Pertanian ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada tahun 1999 dan selepas itu dinamakan sebagai Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, dan ianya merupakan suatu destinasi Agro Pelancongan Negeri Pahang yang terkenal khususnya ketika musim buah-buahan kerana kita ada komponen-komponen penting yang diwujudkan, yang menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung.” (YB. DATO’ SRI IR. HAJI MOHD. SOFFI BIN TAN SRI ABD RAZAK, 19 November 2018: |"Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Pahang Yang Keempat Belas, hari pertama", m.s. 15).

Peta lokasi Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, 1963 (secara kasar) dan kini
Peta lokasi Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah:-
Kiri: Tahun 1963 (secara kasar), ketika itu sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Galing (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").
Kanan: Kini. (Mapcarta).

Dis. 2002: Taman Pertanian Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah.
Gambar Taman Pertanian Jubli Perak, Disember 2002: “Dis. 2002: Taman Pertanian Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah.” (KUANTAN @ Facebook, 26 Oktober 2020: "Dis. 2002: Taman Pertanian Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah.")>

1989: Penubuhan Hutan Simpan Hutan Dara

Maklumat Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR)
Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) (kompartmen 4 di dalam Hutan Simpan Bukit Galing) ditubuhkan pada tahun 1989: “JPNP telah menubuhkan sebanyak 18 buah VJR yang berkeluasan sebanyak 2922.09 ha meliputi pelbagai jenis-jenis hutan yang terdapat di Negeri Pahang seperti berikut:” (JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG: |"Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) 2016 - 2025", m.s.127).

1989: Pecah Tanah Kampus UIAM

“BERITA HARIAN (BH): UIAM berusia 18 tahun sejak penubuhannya pada Mei 1983. Bagaimanapun, mengapa baru sekarang hendak dirasmikan. Apakah sebab di sebalik kelewatan yang begitu lama untuk dirasmikan?
PROF*: Saya ingin menjelaskan bahawa apabila UIAM didirikan pada 1983, ia ditempatkan di kampus sementara di Petaling Jaya, Selangor iaitu kampus Kolej Islam Malaya, yang dimiliki oleh Lembaga Kolej Islam Malaya. Kerajaan menyewa bangunan dan kampus itu daripada Kolej Islam Malaya. Pada waktu itu (1983), kita diberitahu bahawa kampus tetap UIAM akan didirikan lima tahun kemudian iaitu 1988. Biasanya kita merasmikan universiti secara rasmi apabila mempunyai bangunan dan kampus sendiri. Pada 1983, kita menjangka bahawa lima tahun kemudian, kita akan mempunyai kampus tetap dan pada waktu itu barulah ia akan dibuka dengan rasmi. Rupa-rupanya kampus tetap itu tidak menjadi kenyataan pada 1988. Pada 1989, kita diberitahu bahawa kampus tetap ialah di Gombak, Selangor, bukannya di Bentong, Pahang seperti cadangan. Bagaimanapun, ia kemudian ditukar ke Indera Mahkota, juga di Pahang. Pada 1989, kita mengadakan majlis pecah tanah kampus tetap UIAM, di Indera Mahkota. Papan tanda yang mengatakan UIAM akan dibangunkan di situ, turut didirikan. Menteri Besar dan Sultan Pahang hadir di majlis itu. Jadi kita menyangka akan berada di Indera Mahkota dalam masa lima tahun lagi dan pembukaan rasmi akan dilakukan setelah bangunan itu siap. Bagaimanapun, hingga 1990 belum ada tanda-tanda kita akan mempunyai kampus tetap. Pada 1993, upacara pecah tanah kampus itu dibuat di Gombak. Ini bermakna pada 1991 baru dibuat keputusan bahawa kampus tetap UIAM akan berada di Gombak. Perkara ini menimbulkan banyak rasa tidak puas hati rakyat dan pegawai di Pahang. Bagaimanapun, ini adalah keputusan kerajaan. Kita terima keputusan itu dan barulah kita tahu bahawa kampus tetap UIAM akan berada di Gombak. Pada 1993, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad meletakkan batu asas di sini (Gombak).”
(Karim Sulaiman; Hasliza Hassan @ Berita Harian, 12/04/2001: |"Matlamat UIAM martabat tamadun Islam").
*PROF: |Prof. Emeritus Dr. Mohd. Kamal Hassan - bekas Ketua Jabatan Usuludin dan Falsafah UKM: “Apa yang saya tahu, pada akhir 1982, Dr Mahathir memanggil Tan Sri Dr Sulaiman Daud yang ketika itu Menteri Pendidikan ke pejabatnya. Saya, ketika itu Ketua Jabatan Usuludin dan Falsafah UKM, menerima panggilan daripada Dr Sulaiman untuk ke pejabat Perdana Menteri.”

“Menyentuh isu pembinaan kampus UIAM yang turut menimbulkan konflik disebabkan pertukaran lokasi dari Bentong ke Indera Mahkota di Pahang dan kemudiannya Gombak di Selangor, Murad* berkata, semuanya mempunyai sebab tertentu. Beliau berkata, lokasi awal di Bentong terpaksa dibatalkan kerana keadaan kawasan yang tidak sesuai iaitu atas bukit yang akan menyebabkan kos yang tinggi. Sementara Indera Mahkota pula pada ketika itu masih belum dibangunkan dan keadaan kawasannya juga dilihat tidak sesuai untuk menempatkan sebuah universiti. Sedangkan tapak di Gombak itu memang dikhususkan untuk membina sebuah universiti, tetapi bukan UIAM. Universiti yang dicadangkan ketika itu ialah Universiti Teknologi Malaysia UTM. Bagaimanapun, kata Murad, kerajaan akhirnya menetapkan UTM dibina di Skudai, Johor dan ini menjadikan tapak di Gombak masih kosong. “Tanah di Gombak sedia ada dan memang tujuan asalnya untuk pembinaan universiti. Maka, kerajaan mengambil keputusan membina kampus UIAM di sana.” (Hasliza Hassan @ Berita Harian, 16/04/2001: |"Siswa UIAM disaran terjemahkan konsep Iqra").
*Murad: Tan Sri Dr Murad Mohamed Noor - bekas Ketua Pengarah Pelajaran (1976-1985) ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran Malaysia, kemudiannya bekas Naib Presiden Universiti Islam Antarabangsa (1992-1995), juga antara perintis penubuhannya: “Menurut Profesor Mohd. Kamal Hassan ramai orang yang telah berjasa di atas kelahiran UIAM ini. Beberapa perintis lain yang juga berjasa di atas penubuhan UIAM ini termasuklah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (1KIM), Datuk Dr Ismail Ibrahim, Tan Sri Murad Mohd Nor, dan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia), Datuk Ariffin Suhaimi.” (Izzudin Saleh @ Majalah Minda, edisi pengenalan, hlm.45-46 @ Idealis Mahasiswa, June 6, 2002: |"UIAM : Lambang Kegigihan Tokoh Pendidikan Islam Tempatan").

2004-06: Perasmian Kampus UIA Kuantan

Universiti Islam Antarabangsa Kuantan - Gambar oleh Azam Fauzi
Kampus UIA Kuantan di utara Indera Mahkota seluas 1,000 ekar (termasuk sebahagian Bukit Galing) akhirnya dirasmikan pada Jun 2004: “The Kuantan Campus was established with the commencement of the medical programme in 1997 and is located at the Jalan Hospital in the town of Kuantan. The campus or rather the Kulliyyah of Medicine was officially opened by HRH Sultan of Pahang on 28 November 1997 and is housed in a building next to the Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA), which is also the main teaching hospital for the kulliyyah. June 2004 witnessed the official opening of the new Kulliyyah of Medicine building by HRH Sultan of Pahang at the Bandar Indera Mahkota on a 1000 acres site. The Indera Mahkota Campus is about 5 km from the Kuantan town centre.” (International Islamic University Malaysia, 2022: |"UNDERGRADUATE PROGRAMME HANDBOOK - INTAKE 2022/2023 SESSION", m.s.17).

UIA Kuantan, khususnya perpustakaannya, telah pun beroperasi di kampus tersebut seawal tahun 2003, dan sebelumnya di Jalan Hospital, bersebelahan Hospital Tengku Ampuan Afzan sejak Ogos 1997: “August 1997: The IIUM Library Kuantan was first established in Jalan Hospital Campus (JHC), as a branch of the IIUM Library, Gombak network. June 2003: another branch in Indera Mahkota Campus (IMC) started operating as the main library for Kuantan Campus located at Kulliyyah of Medicine building;” (International Islamic University Malaysia: |"Campus Libraries").

Peta sekitar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan, 2012
Peta sekitar Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan, 2012:-

(Sumber: Google Earth, 2012).

Peta Hutan Simpan Bukit Galing 2016

Peta gunatanah sekitar Hutan Simpan Bukit Galing, tahun 2016.
Peta gunatanah sekitar Hutan Simpan Bukit Galing, tahun 2016.

Peta kegunaan sekitar Hutan Simpan Bukit Galing, tahun 2016

Peta pelan pengelasan fungsi kegunaan hutan di sekitar Hutan Simpan Bukit Galing, tahun 2016. Bukit Galing ditandakan hijau muda. Sempadan asal Hutan Simpan Bukit Galing ditandakan merah. Kompartmen 4 (diwarnakan merah jambu di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Galing) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Hutan Dara (VJR) pada tahun 1989, manakala Kompartmen 6 (tidak dinyatakan di dalam peta, di hujung selatan Bukit Galing) dirancang untuk pembinaan Taman Herba atau Taman Etnobotani sekitar 2016-2025.

“Taman Herba atau Taman Etnobotani akan dibangunkan dalam tempoh RPH ini adalah sebanyak dua (2) buah iaitu :
i. Arboretum Sultan Haji Ahmad Shah, Rotang Tunggal, Raub
ii. Kompt.6, HS Bukit Galing (Tambahan), Bukit Sekilau, Kuantan.

b) Kompleks Jabatan Perhutanan Negeri
Cadangan untuk mewujudkan satu kompleks Jabatan Perhutanan Negeri yang baru untuk menampung dan memberi keselesaan kepada warga kerja JPNP. Selain daripada itu projek ini juga akan mengambilkira penyediaan kuarters pelbagai kelas untuk kemudahan pengawasan kawasan, penyediaan tapak semaian, bangunan untuk kakitangan pelbagai unit dan beberapa bangunan asas lain selain daripada pembangunan kawasan hutan berdekatan untuk dijadikan model atau kawasan riadah. Pelaksanaan projek ini dijangka akan menelan belanja sebanyak RM10 juta dan dicadangkan untuk dilaksanakan di Hutan Simpan Bukit Galing (Tambahan) iaitu di tapak Pejabat Pembangunan Hutan Bukit Sekilau.”

(Sumber: JABATAN PERHUTANAN NEGERI PAHANG: |"Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) 2016 - 2025", m.s. 161, 188, 233-235).

2017-2021: Penebangan Hutan

Terletak hanya beberapa meter di belakang Pejabat Hutan Daerah KuantanGambar yang tular mengenai kawasan hutan yang gondol bersebelahan Pejabat Hutan Daerah Kuantan di Kuantan.
Kiri: “Terletak hanya beberapa meter di belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan” (Aku Anak Pahang, 14 Nov 2017: |"FOTO PEJABAT HUTAN DAERAHKUANTAN APA MAHU JADI?").
Kanan: “Gambar yang tular mengenai kawasan hutan yang gondol bersebelahan Pejabat Hutan Daerah Kuantan di Kuantan.” (ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN @ Kosmo!, 28 April 2021: |"Kawasan digondol tanah milik persendirian").

Penjelasan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri: “Kawasan hutan yang digondolkan bersebelahan Pejabat Hutan Daerah Kuantan merupakan tanah milik persendirian dan bukannya kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) seperti didakwa dan ditularkan sesetengah pihak. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yassin berkata, kawasan diviralkan merupakan dua lot tanah milik persendirian seluas 20 hektar yang terletak di luar kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Galing. Beliau memberitahu bagaimanapun beberapa aktiviti penguatkuasaan telah turut dilakukan di kawasan tersebut pada Jun 2016 atas beberapa kesalahan yang dikenalpasti. “Jabatan telah menahan kerja projek memecah batu granit di kawasan ini pada 2016 kerana ketika projek ini dijalankan pejabat mendapati pihak kontraktor telah melakukan kerosakan pada tanda cat sempadan Hutan simpan Bukit Galing. “Kemudian pada 21 Jun 2017 sekali lagi pejabat ini telah menahan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor di kawasan yang sama kerana telah melakukan kesalahan membuang sisa tanah dan melonggok tanah dalam HSK, menggali kolam takungan air dalam HSK, merosakkan tanda sempadan HSK dan juga memasuki kawasan HSK tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini. … Menurut Mohd. Hizamri selepas daripada aktiviti penguatkuasaan tersebut pihak kontraktor tidak lagi menjalankan kerja-kerja memecah batu atau meratakan tanah di kawasan tersebut. Katanya, susulan itu juga pihaknya telah mencadangkan Kerajaan Negeri menjadikan kawasan yang telah digondolkan tersebut sebagai kawasan Hutan Simpanan Kekal. “Dengan dijadikan hutan simpan kawasan ini boleh diuruskan dengan lebih baik seperti dilaksanakan kerja-kerja tanaman semula kawasan yang telah digondolkan ini dan seterusnya dapat memulihkan semula kawasan ini daripada berlakunya hakisan serta bencana lain,” ujarnya.” (ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN @ Kosmo!, 28 April 2021: |"Kawasan digondol tanah milik persendirian").

Gambar Satelit kawasan Bukit Galing, 2017
Gambar Satelit kawasan Bukit Galing, 2017:-

(Sumber: Google Earth, 2017).

2021-09-09: Terowong ECRL

“Di Pahang Timur, jajaran akan merentasi HS Balok (A), HS Bukit Galing, HS Berkelah dan HS Lepar. Jajaran akan merentasi kawasan hutan simpan ini melalui terowong kecuali di HS Balok (A). Walaupun kebanyakan kawasan HSK ini telah dibalak, ianya masih mempunyai pelbagai hidupan liar seperti gajah Asia dan tapir Malaya. HS Lepar adalah satu komponen penting CFS2-SL1 di mana ianya berfungsi untuk menghubungkan HS Chini dengan hutan-hutan simpan lain di selatan Pahang.”

“Jadual RE-13 : Hutan Simpan Kekal yang direntasi oleh ECRL”

HSK Kawasan(ha) Jenis Nota
Bukit Bauk 7,616 Hutan Perlindungan
Hutan Lipur
Jajaran laluan utama merentasi sebahagian daripada Hutan Lipur melalui terowong dengan jarak lebih kurang 900m. Jajaran sisihan pula akan merentasi bahagian barat HSK.
Kuala Paka 356 Hutan Perlindungan Jajaran merentasi kawasan shrub sejauh 800m
Kuala Kemaman 2,741 Hutan Perlindungan
Balok (A) 6,369 Hutan Pengeluaran Jajaran dan stesen Pelabuhan Kota Kuantan akan melalui sebahagian kecil HSK sejauh 1.5 km
Bukit Galing 383 Hutan Pengeluaran Jajaran akan melalui terowong sejauh 1.55 km dan ‘at-gred’ pada jarak 370 m.
Berkelah 30,825 Hutan Pengeluaran Jajaran akan merentasi kawasan selatan sejauh 900 m diikuti dengan terowong untuk 1.2km.
Lepar 24,923 Hutan Pengeluaran Jajaran akan melalui terowong sejauh 2.2km dan memotong di tepi bahagian barat sejauh 1.5km
Kemasul (Temerloh) 22,006 Hutan Pengeluaran Jajaran melalui bahagian utara HSK sejauh 7.3km
Kemasul (Bentong) 21,477 Hutan Pengeluaran Jajaran melalui bahagian hujung utara sejauh 500m
Klau (Tambahan) 214 Hutan Pengeluaran Jajaran akan melalui terowong sejauh 400m
Bukit Tinggi 3,352 Hutan Pengeluaran Jajaran sejauh 400km akan merentasi pinggir utara sebelum memasuki terowong Bentong-Gombak
Hulu Gombak 16,838 Hutan Perlindungan Jajaran akan melalui terowong sejauh 8 km

“Jadual RE-17 : Hutan Simpan Kekal yang direntasi ECRL”

HSK Jenis Impak Terhadap Jajaran Kehilangan hutan
Bukit Bauk Hutan Perlindungan
Hutan Lipur
▪ Terowong sepanjang kira-kira 900 m
▪ Jajaran sisihan at-grade kira-kira 16km
2.2 hektar
150 hektar
Kuala Paka Hutan Perlindungan ▪ At-grade kira-kira 800 m 3.8 hektar
Kuala Kemaman Hutan Perlindungan ▪ Jajaran sisihan at-grade 3.5 km 41 hektar
Balok (A) Hutan Pengeluaran ▪ Jajaran dan cadangan Stesen Kuantan Port City melintasi sebahagian kecil HSK at-grade sepanjang 1.5 km 29.2 hektar
Bukit Galing Hutan Pengeluaran ▪ Terowong sepanjang sepanjang 1.1 km
▪ At-grade kira-kira 370m
< 0.5 hektar
7 hektar
Berkelah Hutan Pengeluaran ▪ At-grade sepanjang 900m 6.2 hektar
▪ Terowong sepanjang 1.2km
<0.5 ha
Lepar Hutan Pengeluaran ▪ Terowong sepanjang sepanjang kira-kira 2.2km
▪ Merentasi bahagian barat HSK, at-grade sepanjang 1.5km
<0.5 ha
13.2 ha
Kemasul (Temerloh) Hutan Pengeluaran • at-grade sepanjang 7.2 km 91 ha
Kemasul(Bentong) Hutan Pengeluaran • at-grade sepanjang kira-kira 500m 2.4 ha
Klau (Tambahan) Hutan Pengeluaran • terowong sepanjang 400m 1.5 ha
Bukit Tinggi Hutan Pengeluaran • at-grade sepanjang kira-kira 400m 2.9 ha
Hulu Gombak Hutan Perlindungan • terowong -

Hutan Simpanan Kekal di Sepanjang Jajaran ECRL
“Hutan Simpanan Kekal di Sepanjang Jajaran ECRL”

(Sumber: ERE Consulting Group for Malaysia Rail Link Sdn Bhd, March 2017: |"East Coast Rail Link Project: Environmental Impact Assessment Report: Volume 1: Executive Summary & Ringkasan Eksekutif", m.s. 93-94, 104).

TEROWONG Kuantan/ECRLPembinaan Terowong Kuantan membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan
Kiri: “Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata, hanya 34 peratus atau 976 meter (m) daripada 2.8 kilometer (km) panjang keseluruhan terowong itu berada di negeri Tok Gajah manakala bakinya melintasi bumi Terengganu. “Laluan masuk adalah di Alor Batu di Jabor (Kuantan) membabitkan perjalanan sepanjang 481m sebelum memasuki Terengganu sepanjang 1.8km dan kembali semula ke Pahang pada 495m akhir terowong untuk keluar di Bukit Galing di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak pembinaan terowong itu di sini, hari ini. Noor Azlan berkata, Terowong Kuantan juga merupakan terowong terpanjang bagi Seksyen B ECRL yang membabitkan perjalanan dari Dungun, Terengganu ke Temerloh, Pahang dan kedua terpanjang bagi terowong ECRL di negeri ini, iaitu selepas terowong di Bentong sepanjang 16km. … “Pembinaan terowong ini bertujuan untuk memelihara kelestarian alam sekitar di sepanjang laluan ECRL, seperti kawasan rizab hutan dan memastikan hidupan liar tidak terganggu berbanding kaedah dahulu yang sering digunakan iaitu memotong cerun. “Kos untuk membina terowong adalah lebih mahal iaitu antara tujuh ke lapan kali berbanding kaedah lama. Malah, keputusan membina terowong adalah satu daripada keputusan paling penting dalam pelaksanaan ECRL demi alam sekitar,” katanya.” (Bernama @ Harian Metro, September 9, 2021: |"Uniknya laluan tengah Terowong Kuantan ECRL").

Kanan: “Terowong itu melintasi dua buah negeri di Pantai Timur dengan anggaran 976 meter bahagian terowong di Pahang dan 1,890 meter terletak di Terengganu. Bagaimanapun, portal masuk terowong di Kg. Alor Batu Jabor dan portal keluar di Hutan Simpan Bukit Galing adalah di bawah daerah Kuantan, Pahang. Pembinaan Terowong Kuantan membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan iaitu 0.9 peratus serta mengelakkan penebangan terbuka di Hutan Simpan Bukit Galing.” (Bernama @ Berita Harian, Oktober 17, 2022: |"Projek ECRL berjaya siapkan terowong ke-12").

Peta lokasi terowong ECRL Alor Batu - HS Bukit Galing, secara kasar (ditandakan merah)Peta lokasi terowong ECRL Alor Batu - HS Bukit Galing, secara dekat dan kasar (ditandakan merah)
Kiri: “Peta lokasi terowong ECRL Alor Batu - Hutan Simpan Bukit Galing, secara kasar. Terowong ditandakan merah, manakala sempadan Hutan Simpan Bukit Galing ditandakan hijau.”
Kanan: “Peta yang sama, secara dekat. Kelihatan sempadan negeri Terengganu di tengah-tengahnya, meliputi 66% daripada keseluruhan panjang terowong (34% saja dalam negeri Pahang, iaitu pada kedua belahnya).”

(Berdasarkan peta Mapcarta: ECRL (Terengganu dan Pahang)).

Peta Bukit Galing Kini

Peta Hutan Simpan Bukit Galing kini
Bukit Galing, ditandakan hijau muda pada peta kini. Sempadan asal Hutan Simpan Bukit Galing ditandakan hijau tua secara kasar di sebelah utaranya, kini merangkumi Indera Mahkota 12, Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan, SJK (Cina) Semambu, dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Di sebelah baratnya, Sungei Talam Estate dan Kuala Reman Estate kini merangkumi sebahagian besar Indera Mahkota (Mapcarta).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.