User Tools

Site Tools


kg_sg_isap

Kampung Sungai Isap

Perihal

“Secara ringkasnya, Sungai Isap terletak dalam mukim Kuala Kuantan 2, di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Lumpur berada di tengah antara perkampungan Permatang Badak dan Tanah Putih Baru, disaliri air sungai yang sama mengalir ke Sungai Kuantan. Mengikut demografi yang dibuat sehingga Jun 2015, Sungai Isap mempunyai keluasan tanah yang diusahakan seluas 610 hektar manakala keluasan tanah yang terbiar kira-kira 90 hektar. Konsep susun atur terbahagi kepada dua di mana kawasan asal Sungai Isap (tradisi) menempatkan rumah berselerak dan sejajar manakala perumahan Sungai Isap meliputi tujuh perkampungan iaitu Satu, Dua, Perdana, Perdana 2, Jaya, Damai dan Taman Murni. Jumlah penduduk di gugusan Sungai Isap ialah kira-kira 18,401 orang yang juga dianggarkan meliputi 3,734 keluarga.” (DIANA SURYA ABD WAHAB @ Sinar Online, 21 DISEMBER 2015: |"Sungai ‘hisap’ kaki penduduk").

Sejarah Pembukaan

Peta sekitar Sungai Isap 1963
Peta sekitar Sungai Isap, 1963. Asalnya Hutan Simpan Paya Bakau Kuantan (Kuantan Mangrove Forest Reserve) sebelah utara, dipisahkan oleh Jalan Gambang (sempadannya ditandakan ungu) (Surveyor General, Federation of Malaya, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Pahang, Kuantan, Series: L7010, Sheet 83, 1963, 1:63 360").

“Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Isap, Abdul Mubin Abdul Rahim, 55, berkata, Sungai Isap itu dikatakan berasal daripada keadaan persekitaran sungai yang ada di kampung tersebut. “Kira-kira 50 tahun lalu, ia sebuah kampung yang berpaya bakau dan gambut. “Mengikut cerita orang kampung tradisi di sini, dia mendapat nama apabila sungai ini berada di dalam kawasan berselut dan bila dipijak ia akan menyedut kaki. “Disebabkan kejadian tersebut berlaku setiap kali penduduk masuk kawasan berselut itu maka penduduk awal menyebutkan sebagai kawasan menghisap, tapi lama-kelamaan sebutan tu jadi lebih ringkas dan yang tinggal sekarang hanyalah Isap sahaja. Menurutnya, kawasan sungai itu adalah lokasi penduduk asal mendapatkan sumber makanan dan pengangkutan air. “Walaupun selut di kawasan baran (paya bakau) tersebut hisap sesiapa yang memijaknya tapi ia tetap jadi lubuk rezeki mereka yang menetap di kawasan kampung ini,” katanya yang merupakan ketua kampung keempat Sungai Isap.
….
Sementara itu, bekas ketua kampung kedua diera 80-an, Mohd Sulong Muda turut sudi berkongsi serba sedikit info daripada orang terdahulu yang rata-ratanya sudah meninggal dunia. Mohd Sulong berkata, Sungai Isap dibuka oleh ketua kampung pertama iaitu Mohd Yatim Awang Noh ketika kawasan tersebut berada di bawah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Rashid Rahman. “Versi yang saya peroleh juga sama di mana selut yang terdapat di tepi dan dalam sungai menyedut kaki sesiapa sahaja yang terpacak hingga lekat serta tak mampu bergerak. “Ada juga yang beritahu kalau tak kena gaya ada juga penduduk dan orang terperangkap kerana dihisap selut tersebut meninggal kerana air pasang dan tak dapat selamatkan diri. “Sebab itu, kawasan menghisap ini jadi bualan dan buah mulut orang hinggakan akhirnya untuk memudahkan Sungai Menghisap tersebut ringkasnya diberikan nama sebagai Sungai Isap sahaja,” katanya.”

(Sumber: DIANA SURYA ABD WAHAB @ Sinar Online, 21 DISEMBER 2015: |"Sungai ‘hisap’ kaki penduduk").

Perkampungan Sungai Isap Kini

Perkampungan Sungai Isap Kini (Mapcarta)
Perkampungan Sungai Isap kini. Sempadan asal Hutan Simpan Paya Bakau Kuantan sebelah utara ditandakan ungu (secara kasar). Kelihatan sebahagian kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna untuk pembangunan, manakala aliran Sungai Kuantan di bahagian utara kawasan tersebut telah diluruskan sedikit (Mapcarta).

“Dalam pada itu, Abdul Mubin (Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Isap, Abdul Mubin Abdul Rahim) berkata, Perkampungan Sungai Isap yang termasuk dalam kategori kampung tersusun dan kampung tradisi ini mengetengahkan moto ‘Muafakat Sepakat Pastinya Berkat’ dalam pentadbiran dan kehidupan kejiranan. “Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, pensyarah, jurutera dan peguam, malahan terdapat juga pegawai kerajaan, guru, polis, askar, kontraktor dan peniaga. “Di sini juga terdapat satu pondok polis yang baharu dibina, tujuh lot permainan kanak-kanak, enam padang bola, lima gelanggang permainan dan sebuah klinik desa bagi pemeriksaan ibu mengandung. “Selain itu, penduduk juga aktif menjalankan aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan persekitaran sungai, perumahan dan juga kawasan kampung dalam beberapa program bersama beberapa agensi kerajaan sama ada di peringkat kampung hingga negeri,” katanya.” (DIANA SURYA ABD WAHAB @ Sinar Online, 21 DISEMBER 2015: |"Sungai ‘hisap’ kaki penduduk").

Perkampungan Sungai Isap Kini (Google Maps)
Perkampungan Sungai Isap kini. Sempadan asal Hutan Simpan Paya Bakau Kuantan sebelah utara ditandakan ungu (secara kasar). Kelihatan sebahagian kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna untuk pembangunan, manakala aliran Sungai Kuantan di bahagian utara kawasan tersebut telah diluruskan sedikit (Google Maps).

Perkampungan Sungai Isap Kini (Google Maps - Gambar Satelit)
Perkampungan Sungai Isap kini. Sempadan asal Hutan Simpan Paya Bakau Kuantan sebelah utara ditandakan ungu (secara kasar). Kelihatan sebahagian kawasan hutan paya bakau telah ditebus guna untuk pembangunan, manakala aliran Sungai Kuantan di bahagian utara kawasan tersebut telah diluruskan sedikit (Google Maps - Gambar Satelit).

Peta kawasan perumahan di Perkampungan Sungai IsapPeta kawasan hijau di Perkampungan Sungai Isap
Kiri: Peta kawasan perumahan di Perkampungan Sungai Isap: “There are four main residential areas consist of low-cost housing to medium-cost housing residences. The area has good accessibility with multiple entrances and the provision of public buses.”
Kanan: Peta kawasan hijau di Perkampungan Sungai Isap: “The Green areas have the potential to cater for flood issues with a great management system. However, low maintenance activities and excessive human activities lead to environmental problems.”

Peta jaringan jalan Perkampungan IsapPeta prasarana Perkampungan Isap
Kiri: Peta jaringan jalan Perkampungan Isap: “The site location has four entrances that are the primary access for transportation. The main entrance located at Perkampungan Sungai Isap is the main access to public buses that connect all residential and commercial areas.”
Kanan: Peta prasarana Perkampungan Isap: “Figure 6 shows the analysis maps on the solid and void. The solid map indicates the existing buildings that serve various functions such as residential, commercial, educational and community infrastructure. The void map shows the green areas and open spaces that have the potential for development.”

(Sumber: Aisyah Nadiah Abdul Wahid, Putri Haryati Ibrahim, Haza Hanurhaza Md Jani @ Universiti Islam Antarabangsa, 2021: |"Resilient village : Flood mitigation landscape at Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang", m.s.2).

Kawasan Banjir

“This project aims to create a resilient village where the residential area of Perkampungan Sungai Isap is a significant flood vulnerable area. … The project, located in the East Coast State of Pahang in Kuantan, is among the high-risk areas for floods near the Kuantan River Basin. The developed area is about 610 hectares, while the abandoned area is about 90 hectares. Perkampungan Sungai Isap is a mixed development area located in a suburban area that consists of residential, commercial facilities and utilities.” (Aisyah Nadiah Abdul Wahid, Putri Haryati Ibrahim, Haza Hanurhaza Md Jani @ Universiti Islam Antarabangsa, 2021: |"Resilient village : Flood mitigation landscape at Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang", m.s.1).

Perkampungan Sungai Isap @ Banjir 2013Kelihatan helikopter EC725 milik TUDM berlegar di atas Masjid Sungai Isap
Kiri: Perkampungan Sungai Isap ketika banjir besar pada 3-5 Disember 2013: “Perkampungan Sungai Isap. Mesjid yang nampak terselamat tu adalah mesjid baru Sg. Isap.”
Kanan: “Kelihatan helikopter EC725 milik TUDM berlegar di atas Masjid Sungai Isap”

Sungai Isap DamaiTangki air Kg. Sg. Isap
Kiri: “Sungai Isap Damai”
Kanan: “Penduduk Sg. Isap dah panjat tangki air..sejuk dah kaki berendam”

(Sumber gambar-gambar: aku Dayat @ Blogspot, 5 Disember 2013: |"Disember 2013 : Banjir Terburuk Dalam Sejarah Kuantan").

Peta kawasan banjir di Perkampungan Sungai Isap
Peta kawasan banjir di Perkampungan Sungai Isap: “The presence of open space, natural drainage, and green waterways has the potential to slow down the excess water and acts as a water collection area through ecological and sustainable approaches.”

Peta perparitan Perkampungan Sungai Isap
Peta perparitan Perkampungan Sungai Isap: “Figure 9 shows the existing drainage system and the affected activities towards the drainage.”

Peta masalah perparitan Perkampungan Sungai Isap
Peta masalah perparitan Perkampungan Sungai Isap.

(Sumber: Aisyah Nadiah Abdul Wahid, Putri Haryati Ibrahim, Haza Hanurhaza Md Jani @ Universiti Islam Antarabangsa, 2021: |"Resilient village : Flood mitigation landscape at Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang", m.s.3).

Pelan Cadangan Penebatan Banjir

Peta Perkampungan Sungai Isap (Pelan Cadangan)
Peta Perkampungan Sungai Isap (Kertas kerja akademik bagi cadangan perancangan penebatan banjir): “Figure 17 shows the master plan for proposed design of Eco-Sponge Village at Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang.” (Aisyah Nadiah Abdul Wahid, Putri Haryati Ibrahim, Haza Hanurhaza Md Jani @ Universiti Islam Antarabangsa, 2021: |"Resilient village : Flood mitigation landscape at Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang", m.s.6).

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

kg_sg_isap.txt · Last modified: 2023/05/21 09:10 by sazli