This is an old revision of the document!
−Jadual Kandungan
Yaakub Isa (1939-2019)
Dirujuk oleh
Perihal
Kronologi
1939-09-07: Dilahirkan
“Yaakub Isa (7 September 1939, Kampung Ganchong, Pekan, Pahang – 7 July 2019, Pekan, Pahang) was a Malaysian teacher, writer, scholar of the Malay language and literature.” (Wikipedia).
1954: Sekolah Melayu Laki-Laki Kuantan
“In 1954, he graduated from the Malay school in Kuantan.” (Wikipedia).
Kiri: “Inilah kelas saya mengajar: Darjah IV (1954) di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan (sekarang Sekolah Kebangsaan Teruntum). Perhatikanlah bentuk meja murid dan sekatan antara kelas yang hanya menggunakan penghadang kayu dengan papan hitam diletakkan di tengah-tengahnya. Gambar ini diambil semasa murid-murid sedang berehat.
Dari kiri: Abdul Rahim Omar, Yaakub Isa, Kamaluddin Ahmad (berdiri) dan Mohd. Fadzil Haji Mohd. Daud yang merupakan guru-guru bujang pada masa itu.”
Tengah: “Tahun yang kedua menjadi guru (1954): Sedang mematikan Jadual Kedatangan pada suatu pagi.”
Kanan: “Gambar sebahagian daripada guru Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan (1956). Berdiri dari kiri: Abdullah Saaban, Othman Ismail, Mohd. Ali Shariff, Jantan Ahmad, Jauhar Mohd. Yassin, Sulaiman Ahmad (Guru Besar), Yaakub Isa, Hussain Haji Aris, Jaafar Haji Mohd. Noor. Mencangkung dari kiri: Kamaluddin Ahmad, Mohd. Fadzil Haji Mohd. Daud, Abdul Rahim Omar, Abdul Hamid Sentol.”
(Sumber: Yaakub Isa, 1 Jun 2008: |"Mula Berkerjaya").
“Suatu pagi 1954 di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan. Dari kiri: Yaakub Isa, Pak Ngah Aziz (Dato' Haji Abdul Aziz Ahmad yang kemudiannya menjadi Menteri Besar Pahang), Mohd. Ali Shariff (kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dan pernah menjadi Setpol Menteri Pelajaran), Jantan Ahmad dan Kamaluddin Ahmad.” (Yaakub Isa, 11 Jun 2008: |)"Guru dan Politik").
1957-1960: Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
Yaakub Isa melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI / SITC) pada tahun 1957:-
“Bergambar ramai sebelum melanjutkan pengajian ke SITC (1957). Barisan belakang dari kiri: Taib Abdullah (suami ibu saudara saya), Othman Isa (abang saya), Isa Suboh (bapa saya). Hussain Haji Aris (sepupu saya - rumahnya tempat menumpang tinggal selama di Kuantan), Hashim Sidek (teman sesama menumpang, pelajar sekolah swasta Claudian Institute). Baris tengah dari kiri: Mohd. Bukhari Hussain, Jah Dolah (emak saya), Yaakub Isa, Khamisah Md. Arof (isteri Abangteh Hussain). Kanak-kanak kecil di hadapan dari kiri: Kamaluddin Taib (anak saudara saya), Salbiah Hussain (anak Abangteh Hussain, kini Datin Salbiah, Pensyarah Kolej Koperasi, isteri Dato' Mohd. Hilmi Mohd Taib) dan Mohd. Zahidi Hussain (Penghulu Kuantan).” (Yaakub Isa, 16 Februari 2008: |"Lembah Bernam Yang Nyaman").
Yaakub Isa antara pelajar kelas Health Science, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), pada tahun 1959 (Belakang, 5 dari kiri): “Kelas Health Science (1959) yang diajar oleh Cikgu Shaari Isa (Timbalan Pengarah II BPTU, No.7 dari kiri). Duduk dari kiri: Harun Musa (Johor), Hambal Yeop Majlis (Exco Perak), Abdullah Ismail (Kelantan), Karim Man, (Ketua Murid Perak), Wahid Jidun (Perak), Alwi (Perak), Cikgu Shahari, Hanafiah Ishak (Kedah, Ketua Penuntut), Talkah (Johor) (lupa), Basir A. Rahman (Tk. Intan), Ramli Md. Noh (Ked). Belakang dari kiri: Malik Md. Zain (NS), Abdullah Osman (Ter), Mahmud Ismail (Ked - pertama masuk UM), Omar Malik Perak, Yaakub Isa (Phg), Abdullah Ismail (Ter), (lain tak ingat)” (Alwi Taib, 2023: “Abah”, m.s.73).
Ketika itu Yaakub Isa telah pun mula menulis: “Masa di SITC, abah satu kelas dengan Yaakub ini. Dia sangat kreatif dalam penulisan. Cerpen dia pernah keluar dalam Utusan Malayu. Nama samarannya, YAKUBISA - Ya Aku Bisa.” (Alwi Taib, 2023: “Abah”, m.s.132).
Beliau memegang Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu: “Masa di SITC ini abah masuk Persatuan Bahasa Melayu. Antara jawatankuasanya Abdullah Othman dari Terengganu dan Yaakub Isa.” (Alwi Taib, 2023: “Abah”, m.s.73).
Tiket kereta api Jerantut-Tanjung Malim yang dinaiki beliau pada 13 April 1959: “Saya menaiki kereta api menggunakan tiket ini pada 13 April 1959. Sebagai pelajar SITC pada masa itu kami diberi warrant ticket. Bayaran perjalan lain (motor bot, beca, kereta sewa dan bas kami dibenarkan membuat tuntutan yang lain dari Pejabat Pelajaran Pahang dan dapat beberapa bulan kemudian. Perjalanan ini mengambil masa tidak kurang daripada dua hari dua malam. Tiket kereta api pada masa itu boleh kira murah berbanding sekarang.di dalam kereta api kami bertemu kawan-kawan dari Kelantan dan Terengganu yang hendak ke destinasi yang sama dan ke MWTC Melaka. Yang ke Melaka turun di Tampin. Ramai juga yang suka tolong mengangkat begasi mereka.” (Yaakub Isa @ Facebook, 12 Oktober 2012: |"Saya menaiki kereta api...").
Beliau menamatkan pengajian di MPSI pada tahun 1960: “In 1960 he graduated from the Sultan Idris Teachers College in Tanjung Malim…” (Wikipedia).
1960-1969: Guru
“From 1960 to 1969, he worked as a school teacher.” (Wikipedia).
“Bergambar berhampiran paip tempat mandi di hadapan bilik kami di Sekolah Kebangsaan Padang Tengku 1961. Dari kiri: Yaakub Isa, Mat Zin Bijak dan Zakaria Puteh.” (Yaakub Isa, 1 Ogos 2008: |"Bertugas di Padang Tengku").
1968: Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP)
“Awal tahun 1968 abah lihat dalam Utusan Melayu senarai nama yang lulus STP. Terjumpa nama Yaakub bin Isa, kawan sangat rapat abah masa di SITC dahulu.” (Alwi Taib, 2023: “Abah”, m.s. 131).
1972: Universiti Malaya
“…and in 1972, he graduated from the University of Malaya.” (Wikipedia).
1972-1983: Pengetua
“He worked as a principal from 1972 to 1983.” (Wikipedia).
1983-1985: Pegawai Pendidikan Negeri Pahang
“From 1983 to 1985, he served as an officer of the Pahang State Department of Education…” (Wikipedia).
1985-1994: Timbalan Pengarah Program Sekolah
“…and from 1985 until retirement in 1994 as a deputy director for school programs.” (Wikipedia).
1994-2019: Selepas Bersara
“Later he worked as a coordinator of educational programs of the Pahang Foundation Buletin.[1] He was also a member of the governing council of the Sultan Abu Bakar Museum,[2] the committee of the Council for Cultural Affairs of Pahang and the coordinator of writing textbooks of the Koran Academy and religious commandments (Kuantan, Pahang). He wrote short stories, studied the history of Pahang, the problems of education and development of the Malay language, literature and traditional culture.[3] He was the author of the Dictionary of the Classical Malay language (1997)[4][5] and the biography of the second Prime Minister of Malaysia, Abdul Razak Hussein.[6]” (Wikipedia).